Sebenarnya dah ada peraturan tapi cikgu taknak ikut

 

Baru-baru ini semakin viral guru-guru merakam aksi mereka berada di kelas bersama dengan murid. Video tersebut rata-rata menghiburkan netizen yang menontonya. Rakaman yang tular menyaksikan mereka merakam perbualan dikelas bersama dengan murid-murid. Medium tiktok digunakan untuk merakam aksi tersebut. 

Menurut pendedahan wanita ini, perkara tersebut telah melanggar etika sebagai tenaga pengajar dan boleh dikenakan tindakan tata tertib. Dalam etika penggunaan media sosial oleh guru, terdapat beberapa perkara yang telah dilarang untuk melakukannya. Antaranya ialah menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menggunakan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat atau  melalui alat peribadi. 



Oleh yang demikian, guru-guru juga harus berwaspada atas tindakan yang dilakukan supaya tidak menjejaskan pekerjaan mereka dikemudian hari. Guru-guru boleh merakam aktiviti mereka diluar waktu pejabat. Diharapkan perkongsian daripada guru-guru bukan sahaja menghiburkan tetapi memberi manfaat dan contoh tauladan kepada murid-murid

Post a Comment

0 Comments