Semangat juang cikgu ni redah 80km laluan balak dengan kapcai Honda EX5 setiap minggu!

Perjalanan dari Kuala Betis, Gua Musang ke Sekolah Kebangsaan Balar di Pos Balar menempuh perjalanan sejauh 80km.

Kisah seorang cikgu ini sanggup meredah laluan tanah merah (bekas laluan lori balak) untuk sampai ke sekolah itu. 

Ikuti kisah: 

"Mula2 risau jugalah dengan menaiki EX5 kambing ni takot dia mengembek je tengah jalan, tapi Alhamdulillah sampai juga steady 'kambing' ni meredag jalan yang tuhan saja tahu betapa azabnya."

"Ada juga orang tanya kenapa tak guna je scrambler? Aku jwb tak sesuai dengan keadaan aku, dengan ketinggian jalan dan motornya yang lebar buat aku pakai kapcai ni jela, ni yang paling sesuai".

"Sapa tanya EX5 kambing ni lasak ke tak lasak? Jawapan aku memang layak dipanggil kambing gurun hahaha, Minyak jimat, enjin pickup, enjin sebenarnya standard cuma luaran je aku ada modified sikit ikut kesesuaian trek bukit".



"Masa yang diambil untuk sampai adalah 5 jam jika jalan kering, kalau trek tu basah ke hujan kadang ambil masa 7-9 jam untuk sampai ke sekolah. Risiko memang besar, begitula rutin aku setiap minggu". 

"Doakan aku sahabat semua semoga urusan aku berjalan lancar bersama EX5 kambing di jauh belantara". 

Kami semua netizen malaya mengucapkan selamat bertugas pada cikgu, abaikan ekzos besar tu mungkin ada gunanya untuk takutkan binatang liar.


Sumber: BEN Zaid

Post a Comment

0 Comments