Suami tembak isteri guna senapang angin akibat cemburu

 



Kehilangan seorang wanita berumur 38 tahun akhirnya terjawab apabila dia ditemui mati di dalam tong biru di ladang serai bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Wanita dua anak tersebut hilang 3 hari lalu, kemudian jirannya membuat laporan polis akan kehilangan wanita tersebut. 

Siasatan polis segera dimulakan dan membawa kepada penahanan suami mangsa. Suspek yang berusia 43 tahun telah mengaku bersalah membunuh isteri dengan menembaknya menggunakan senapang angin ketika isterinya nyenyak tidur. Kemudian, mayat mangsa di masukkan dalam tong biru, sebelum di bawa menggunakan kereta Pajero ke ladang serai untuk ditanam. 

Suami mangsa menanam tong biru sedalam 2 meter. Memandangkan suami mangsa bekerja sebagai pemandu jengkaut, penanaman mayat mangsa lebih mudah. Dia menggunakan jengkaut untuk menanam tong biru yang berisi mayat isterinya sedalam 2 meter.

Pada awalnya, beliau menyatakan isterinya lari dari rumah seawal pukul 2 pagi kerana berlaku perselisihan faham. Tetapi polis menjumpai surat tuntutan fasakh dan senapang angin, selaras senapang patah dan 54 butir peluru penabur 12 bore. 

Akhirnya suspek mengaku membunuh isterinya akibat cemburu. Pada pukul 10.30 pagi semalam,  suspek membawa polis ke lokasi penanaman mayat mangsa. Suspek menguruskan mayat mangsa bersama rakan baiknya. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan berkata, kedua-dua suspek direman enam hari dibawah seksyen 302 Kanun Keseksaan membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. 

Sumber: harian metro


Post a Comment

0 Comments