Susulan kejadian membunuh isteri dengan menggunakan senapang angin. Akaun media sosial suspek dibanjiri komen netizen

 

Menjengah ke ruang media sosial suspek, status suspek seperti meluahkan rasa kecewa dengan isterinya yang tidak menghiraukannya. Beberapa status menunjukkan dia dan isterinya mengalami krisis rumah tangga. 


Walau bagaimanapun, netizen tidak dapat menerima tindakan suspek membunuh isterinya hanya kerana masalah rumah tangga. Setiap status suspek dihujani dengan kecaman dan makian. Ada netizen berpendapat, sepatutnya suspek meninggalkan isteri atau menceraikannya jika tidak berkenan. Tetapi nasi sudah menjadi bubur. Isteri suspek telah pun meninggal dunia. 

Segelintir netizen memberikan nasihat kepada suspek untuk  bersabar dengan ujian yang melanda. Ada juga yang menasihatkan netizen untuk tidak mencemuh dan memaki kerana orang luar tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku di dalam rumah tangga mereka. Diharapkan suspek menerima ujian ini dengan sabar dan bertaubat sebenar-benarnya kepada Allah. Kerana perbuatan membunuh adalah berdosa besar di dalam Islam. Takziah kepada keluarga isteri. Moga roh si isteri tenang dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman Amiin.


Sumber: facebook

Post a Comment

0 Comments