Tragedi pembunuhan adik Siti Sofea Emelda Abdullah

 



Mengimbau kembali tragedi pembunuhan kanak-kanak yang pernah menggemparkan negara iaitu pembunuhan adik Sitti Sofea Emelda Abdullah  berumur 2 tahun 6 bulan pada tahun 2014 lalu. Ibu Siti Sofea iaitu Siti Salmy merupakan penganggur dan tidak mempunyai rumah. Mereka hidup dijalan dan menyara hidup atas ehsan orang sekeliling. 

Pada pukul 3 ptetang, Siti Salmy membawa anaknya ke kompleks kota raya untuk melepak bersama kawan-kawan. Kemudian Siti Salmy menyuruh rakan-rakannya menjaga anaknya disebabkan  dia hendak pergi ke tandas. Selepas keluar daripada tandas alangkah terkejut anaknya, iaitu Siti Sofea hilang. Dia dan rakan-rakannya cuba mencari disekitar kompleks tersebut tetapi gagal. 

Adik Siti Sofea sempat dirakam dalam CCTV kompleks keadaan dia sedang ketakutan dan bersembunyi disebalik tembok sebelum seorang lelaki membawanya pergi keluar daripada bangunan tersebut. Terdapat beberapa saksi melihat adik Siti Sofea dia bawa oleh lelaki tersebut, tetapi tiada siapa yang menghalangnya. Selepas itu saksi lain melihat suspek cuba melemaskan kanak-kanak tersebut berhampiran sungai Klang. 


Mereka juga turut melihat suspek mengangkat batu besar sebelum menghempap ke muka adik Siti Sofea. Apabila saksi mendekati suspek, suspek cemas dan terjun ke dalam sungai Klang.  Orang ramai menjumpai mayat Siti Sofea  yang terbaring di atas batu dengan keadaan kepala yang telah dipenggal dan  tengkorak muka hancur. 

Setelah beberapa hari, polis menjumpai mayat suspek hampir reput, terapung  di tepi sungai Klang. Hasil pemeriksaan sampel gigi suspek. Suspek lelaki India dan  merupakan bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan. Menurut Siti Salmy, suspek merupakan rakan sebilik ayah Siti Sofea ketika berada di dalam penjara dahulu.  Pembunuhan adik Siti Sofea mungkin bermotif dendam dengan ayah suspek. 


Sumber: Astro Awani, mstar

Post a Comment

1 Comments

  1. Sian kn..ape r salah budak tu kt die sampai sanggop die wt cmtu..law btl nak balas dendam skali pn ko wt r kat mak die ke..ni owg baru 2tahun lbh idop ko sangop wt cmtu..sian..

    ReplyDelete