(Video) - Akhirnya Amirul diselamatkan Polis selepas 5 hari dikurung pembeli iphone


Melaka - Kata beliau "semasa ditemui sepanjang 5 hari dia dikurung di sebuah rumah di Ayer Keroh Melaka hanya beberapa kali sahaj diberi makan nasi, dan biskut malah kadang2 tidak diberi makan langsung".

Minggu lalu tular seorang penjual Iphone hilang selepas pergi cod telefon, perkongsian yang dikongsi ibu Amirul di Facebook mendapat perhatian ramai netizen.

Amirul berkata "semasa dia hendak cod telefon (iphone) itu, pembeli itu suruh dia menunggu sekejap sementara dia hendak keluar duit berjumlah RM17,000 kerana hendak membeli 3 buah iphone 12".

"Selepas pembeli itu sampai, dia memaklumkan kepada Amirul supaya masuk ke dalam keretanya, kerana khuatir dilihat orang disebabkan mereka hendak mengira duit".

"Kejadian itu berlaku di Pusat Perniagaan Sungai Besi, jam telah menunjukkan 7.30 malam sementara menunggu pembeli itu mengeluarkan duit".

Setelah berada di dalam kereta bersama pembeli iu, terdapat dua orang lagi rakan pembeli, Amirul telah disembur ubat nyamuk ke matanya dan ditumbuk sebelum diikat tangan dan diseletip mulutnya.

Tiada siapa yang sedar semasa saya dibawa lari, selepas itu mereka membawa saya ke sebuah farmasi dan diberi 10 biji pil ubat untuk dimakan sebelum saya berasa tidak sedarkan diri.

Amirul telah tersedar apabila dia berada di sebuah rumah, di Ayer Keroh Melaka bersama rakan pembeli itu.

Setelah itu, pembeli dan rakannya telah meninggalkan saya di rumah itu keseorangan, pada Ahad lalu.

Sebenarnya rakan pembeli itu menyamar sebagai anggota Polis dia mendakwa saya telah melakukan kesalahan menyebabkan saya ditahan dan dikurung.

Amirul juga berkata dia termimpi pihak polis akan menyelamatkannya dan mimpinya menjadi kenyataan apabila sepasukan anggota polis telah menyerbu rumah itu malam tadi dan telah menyelamatkannya.

Mereka yang melakukan perbuatan itu telah ditahan polis.

Sementara itu, Ketua PoIis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi mengesahkan mngsa sudah diselamatkan dan akan memberi kenyataan media berhubung kejayaan itu.

Harian Metro sebelum ini melap0rkan seorang bapa bvntu memikirkan nasib anak lelakinya selepas gagaI dalam usaha menjejaki lelaki itu sejak dilap0rkan hiIang di Sungai Besl di sini, pada Sabtu lalu.

Video: 

Sumber: Metro

Post a Comment

0 Comments