(Video) - Kedai emas dirompak, anjing penjaga hanya syok tidur

 




Anjing yang bernama Lucky jenis baka Husky merupakan anjing jalanan yang kemudiannya di jaga oleh seorang pemuda bernama Worawut. Lucky seekor anjing betina yang sangat comel dan disayangi tuannya. Dia diarahkan untuk menjadi penjaga kedai emas milik tuannya. 

Dalam  masa yang sama, Lucky juga turut menjaga beberapa kedai sekitar kawasan di situ. Lucky disenangi ramai kerana sifatnya yang manja dan aktif. Suatu hari kedai emas Worawut telah didatangi perompak. Perompak tersebut menggunakan pistol dan meminta sejumlah wang. Worawut yang ketakutan memberikan wang di dalam sebuah plastik kepada perompak terbabit. Kejadian tersebut disedari oleh Lucky, tetapi dia hanya tidur tanpa ada sebarang reaksi untuk menyerang. 

Walaupun Worawut kecewa dengan tindakan Lucky, tetapi kejadian ini dianggap lucu oleh Worawut. Dia memuat naik video rakaman CCTV tersebut dan tidak menyangka ia menjadi viral di media sosial. Worawut ditanya mungkin Lucky tidak faham apa sebenarnya yang terjadi. Namun Worawut berkata Lucky memahami reaksi dan tingkah laku manusia. Lucky akan menyerang sekiranya saya bersuara keras dan memberitahunya untuk bertindak. 

Walau bagaimanapun selepas kejadian ini, Worawut telah membuat laporan polis. Berdasarkan siasatan daripada CCTV, didapati pistol yang digunakan perompak adalah palsu. 

Sumber:yahoo!news

Post a Comment

0 Comments