(Video) - Kejadian tragis backhoe langgar dan gilis seorang wanita

Pengajaran daripada cerita ini, seorang wanita sibuk main telefon sambil melintas jalan, tanpa disedari mesin jengkaut (backhoe) yang mengundur itu melanggar kepalanya dan terus menggilis wanita itu.

Pada awalnya, polis yang datang ke tempat kejadian berfikir perempuan itu kemalangan jalan raya dilanggar kereta.

Hasil siasatan dan pemerhatian daripada cctv, terlihat wanita itu dilanggar di kepala kerana cuai main telefon sambil melintas jalan.

Dalam video yang dikongsikan di bawah terlihat wanita itu sedang bermain telefon sambil melintas jalan.

Pemandu jengkaut dan rakan-rakannya tidak menyedari  kejadian itu,  dan terus beredar dari situ.

Polis telah menerima laporan pada jam 2.30 petang waktu tempatan, dan wanita itu dikejarkan ke hospital namun telah disahkan meninggal dunia.

Sumber: BBCnews

Post a Comment

0 Comments