(Video) - Penguasa masih buru harimau berkeliaran di hadapan rumah penduduk

 

Lenggong Perak - Pihak perhilitan masih lagi memburu harimau dahan yang tersesat semalam di kawasan perumahan Taman Kota, Kampung Lahar, difahamkan harimau berkenanaan tersesat semasa mencari makanan.

Setakat ini, belum lagi ada laporan harimau ini menyerang penduduk, kerana harimau ini juga berasa terancam apabila ada kelibat orang dia akan pantas berlari.

Harimau itu dirakam oleh salah seorang penduduk pada jam 2 pagi awal pagi khamis. 

Harimau ini juga difahamkan tersesat semasa mencari makanan, dan berlaku gangguan pada habitat asal hingga terpisah dengan pasangan.

Bahagian perhilitan telah memasang perangkap dan setakat ini tiada sebarang tangkapan dan orang awam juga dinasihatkan berhati-hati dan jangan cuba menangkap haiwan itu sendiri.

Tular video di bawah rakaman oleh salah seorang penduduk yang mana harimau itu seperti sedang menghidu sesuatu seolah-olah kelaparan mencari makanan.

Sumber: Info Roadblock 


Post a Comment

0 Comments