Video Penuh: 8 pelajar terjatuh daripada tingkat 4 sebelum sempat masuk ke dewan kuliah.



Bolivia: Kejadian mengerikan ini berlaku di Universiti Awam El Alto (UPEA) di bandar La Paz, Bolivia. Pada waktu kejadian, pelajar berebut hendak masuk ke dalam dewan kuliah. Keadaan yang sesak ketika itu menyebabkan ramai pelajar berhimpit-himpit dan bersandar di tepi palang besi. 

Tiba-tiba palang besi tersebut tercabut dan mengakibatkan 8 orang pelajar terjatuh daripada tingkat 4 bangunan. Lima daripadanya meninggal dunia manakala 3 lagi cedera parah. Hanya seorang bernasib baik apabila kaki pelajar wanita tersebut tersangkut di bahagian bawah palang besi, menyebabkan dia tergantung sebelum sempat diselamatkan rakan yang lain.

Video ini dirakam oleh pelajar lain yang berteriak memanggil nama rakannya ketika kejadian tersebut berlaku. Sehingga kini pihak universiti belum lagi mengeluarkan kenyataan berkaitan dengan insiden tersebur. Ramai pihak mula mempersoalkan fasiliti yang terdapat di universiti tersebut.

Menjengah ke ruang komen, seorang pengguna fb  bernama Radin Fikri memberi komen  berkaitan keadaan  badan ketika jatuh dari tempat yang tinggi. Beliau berkata: 

Severe Head Injury keadaan di mana dalam otak telah berderai, luar takde nampak injury, jantung terus berdegup sampai signal ke otak takde. Bayangkan sakit sakaratul maut ketika kat atas lantai tu ' ujarnya. 

Sambungnya lagi ' darah akan keluar daripada mulut, urat utama tercabut, jantung terus pam keluar darah, sakitnya kematian jatuh macam tu. 

Ujarnya lagi ' tulah ingatkan jatuh atas lantai terus mati, bila baca balik kes-kes orang yang jatuh tempat tinggi, mata dorang boleh bergerak lagi, then mulut dorang mengeluarkan banyak darah.

Penceritaan Radin Fikri tersebut sudah cukup membuatkan ramai netizen kecut perut. Bagaimana pula dengan orang bunuh diri terjun dari tempat tinggi? Waulahualam. 

Sumber: reuters.com, Radin Fikri

Post a Comment

0 Comments