(Video) - Wanita ini menjumpai sebuah apartment tinggal dibelakang cermin tandas rumahnya

 

Seorang wanita dari New York telah memuat naik sebuah video dengan menggunakan aplikasi tiktok yang  menjadi tular di laman tweeter. Dia berasa pelik kerana udara di dalam tandas rumahnya terasa lebih sejuk. Celah-celah dinding bahagian tandas mengeluarkan angin sehinggakan rambutnya bergoyang ketika di tiup angin. 

Kemudian, dia menyedari cermin tandas rumahnya turut bergoyang seperti di tiup angin daripada arah belakang. Dia mengambil keputusan untuk menanggalkan cermin tersebut. Alangkah mengejutkan kerana terdapat lubang dibahagian dinding yang bersambung dengan rumahnya. Lubang tersebut adalah dinding rumah dari sebuah apartment tinggal. 

Di menelofon rakan-rakanya untuk meminta bantuan. Seperti dalam sebuah filem, rasa ingin tahu wanita tersebut meluap-luap. Dia bercadang hendak meneroka apartment tersebut. Pada hari berikutnya, dia menggunakan sarung tangan, kaca mata, lampu suluh yang diikat di bahagian kepala dan telefon bimbit untuk merakam video.

Wanita tersebut masuk ke lubang berseorangan. Rakannya hanya menuggu di hadapan lubang dinding tersebut. Ketika memasuki ruang misteri tersebut, suhu sangat-sangat sejuk. Dia juga menjumpai beberapa  peralatan yang ditinggalkan orang sebelum ini. Apa yang lebih mengejutkan ruang misteri tersebut adalah apartment dua tingkat! Wanita tersebut menjumpai tangga untuk turun ke tingkat bawah.  

Namun video tersebut hanya habis disitu. Banyak yang bermain difikiran wanita itu, rumah siapa? Kenapa ditinggalakan dan ditutup?  Sehingga kini masih menjadi tanda tanya. Pemaju juga belum mengeluarkan kenyataan berkitan dengan status rumah tersebut. 

Sumber: outlookkinda.com, samanthartsoe

Post a Comment

0 Comments