Wanita mencekik dan memijak leher anaknya selepas suaminya tidak menjawab panggilan

 

Allahu apa nak jadi sekarang ni! Begitulah kisah seorang ibu sanggup melakukan kekerasan terhadap anak kandung sendiri.

Baru-baru ni tular satu video di Thailand seorang ibu mencekik dan memijak leher anaknya gara-gara suaminya tidak menjawab panggilan telefon.

Lebih menyedihkan wanita itu membuat kekerasan terhadap anaknya sambil membuat panggilan video dengan suaminya. Sadis kejam sungguh ya Allah! 

Akibat daripada itu, berita ini menjadi viral dan mendapat kecaman seluruh negara Thailand serta membuat rasa tidak tenang terhadap warganet.

Kalau difikirkan memang tak sangka seorang ibu menjadi tempat bermanja seorang anak sanggup melakukan perkara tersebut tambahan lagi anak itu baru berusia tiga tahun.

Memetik dari Bankoknews, kejadian itu berlaku apabila wanita itu cuba menghubungi suaminya yang bekerja di Bangkok, akibat tidak menjawab panggilan Nah wanita itu gunakan anaknya sebagai umpan dengan mencekik anaknya.

Setelah suaminya menjawab panggilan telefon, wanita itu terus berang dan melakukan kekerasan fizikal, ternyata anaknya itu sudah mula menangis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dipijak oleh wanita bergelar ibu yang bernafsu binatang.

Si ibu tetap dengan pendiriannya terus melakukan penderaan dan menyuruh anaknya melutut supaya dan sengaja mahu menaikkan kemarahan suaminya.

Tidak lama kemudian, anak itu terus pengsan dan tidak sedarkan diri. 

Setelah rakaman itu tular, keluarga suaminya membuat laporan polis dan telah mengambil anaknya itu dan menjaganya sementara kes masih dalam siasatan.

Pasangan itu mempunyai seorang lagi anak berusia satu tahun yang dijaga oleh ibu bapa wanita itu.

Wanita itu telah kesal dan membuat permohonan maaf atas tindakannya tetapi keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya pada pihak berkuasa. 

Kes tersebut masih dalam siasatan dan wanita terbabit telah didakwa kerana melanggar Akta Perlindungan Anak dan bakal dibicarakan tidak lama lagi bagi menjalankan hukumannya.

Sumber: BangkokNews

Post a Comment

0 Comments