Gadis ini diserang netizen sehingga buat laporan polis. Tinggal komen merendahkan wanita Sabah.

 


Seorang gadis telah tular di media sosial beberapa hari ini angkara meninggalkan komen seperti merendahkan wanita di negeri Sabah.  Akaun facebook bernama Nur Alea Afiqah telah diserang netizen sehingga beliau terpaksa menutup akaun fbnya sementara waktu. 

Sebelum ini beliau telah meninggalkan sebuah komen yang menyinggung perasaan wanita terutama di negeri Sabah. Komen beliau ialah 'takde duit takyah gatal nak kahwin, kalau rasa 20K mahal, kahwin je dengab orang kampung Sabah ke yang duduk rumah panjang tu. Dapatlah rm500 centu'. Komen ini telah menimbulkan kemarahan khusunya kepada penduduk negeri Sabah. 

Mereka mengaanggap komen ini merendahkan martabat wanita di negeri Sabah. Ia tidak sepatutnya berlaku. Merendahkan martabat sesuatu bangsa,  agama atau negeri adalah sesuatu yang sensitif untuk dibicarakan. Ramai yang telah mengedit gambar beliau kemudian ada juga yang ingin berjumpa denganya. 

Hari ini, beliau tampil memohon maaf atas ketelanjurannya dalam berkata-kata. Beliau juga membuat laporan polis kerana bimbang akan keselamatan diri. Beliau telah diugut untuk disantau, dipukul dan dirogol.  Namun begitu, ada segelintir netizen telah menasihatkan orang ramai agar berhenti mengecam dan memaafkan kesilapan beliau. Disebabkan beliau juga turut mengakui keselahan dan memohon maaf. 

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan berhemah. Berhati-hati dalam melontarkan pandangan di media sosial. Netizen juga harus menjaga adab  dan jangan wujudkan cyberbully yang boleh mengancam keselamatan orang lain. 


Sumber:facebook

Like & Follow FACEBOOK

Post a Comment

0 Comments