Gadis ini menjerit lihat bayi perempuan dilibas oleh bapa

Telah tular di media sosial akaun tweeter milik  Raden Zaharah berkenaan seorang lelaki telah memukul isteri dan bayinya yang masih kecil. Menurut cerita Zaharah, dia dan kawannya telah pergi ke sebuah klinik,  kemudian telah mendengar jerita seorang wanita. Namun, beliau tidak mengendahkannya.

Selepas itu, beliau mendengar semula jerita wanita tersebut dan diiringi tangisan bayi. Zaharah terus berlari menuju ke arah jeritan wanita tersebut dan melihat seorang lelaki telah memukul wanita yang berkemungkinan adalah isterinya. Namun ketika itu, lelaki tersebut juga telah memukul bayi perempuan berkenaan. Di dalam video yang sempat direkod, Zaharah menjerit dan  meminta tolong orang awam untuk mengambil bayi berkenaan yang bersama dengan bapanya di dalam sebuah kereta. Beliau bimbang mengambil bayi tersebut kerana  terlalu takut selepas melihat lelaki tersebut memukul isterinya. 

Namun, setelah menyedari  orang awam berkumpul, bayi tersebut telah dibelai oleh bapanya. Kelihatan bayi malang itu menangis tanpa henti. Terdapat sorang lagi anak perempuan berusia dalam lingkungan  3 tahun duduk bersebelahan di kerusi penumpang. Menurut Zaharah lagi, polis telah  dipanggil ke lokasi kejadian tetapi tidak datang disebabkan lelaki tersebur telah melarikan diri. Namun, Zaharah berharap lelaki tersebut dapat diberkas. Dia juga telah merekod video dan mendapatkan nombor plat kereta berkenaan. 

Zaharah mengakui dirinya masih trauma dengan kejadian tersebut dan mengharapakan bayi tersebut selamat. 

Sumber: radenzaharah

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments