Jual patung mainan semata-mata nak beli beras

 

Kejadian ini berlaku di negeri Sabah. Seorang pemuda bernama Hanif berkongsi detik hiba apabila terserempak dengan seorang kanak-kanak yang hendak pulang ke rumah. 

Hanif menceritakan kejadian tersebut. Selepas beliau pulang dari pasar, seorang budak perempuan telah menegurnya 

"Bang kau pairet (kereta sapu)ka??" 

: bukan dik 

"Di mana pairet( kereta sapu)??" 

: ada tu di depan (budak tu diam seketika)

Aku tanya la kenapa dik

"mahal bha pairet bang" dalam hati ku mesti budak ni tiada duitπŸ˜†

Aku tanya la ada duit mu ka?? 

" tiada bang tiada org beli patung ku 😒,ini pun aq jual patung mahu beli beras 😭 ,

Sentap hati ku dik kau buat.

Kebetulan aku mahu balik rumah, aku tanya budak ni tinggal mana ??

"Kg.epil bang"

Aku pelawa la budak ni jom biar abang hantar kau balik rumah .Budak ni msuk dalam kereta dan aku cakap kau jaga kereta kita ni sekejap, nanti di curi 🀣🀣

Aku tinggal kan budak ni dalam kereta belikan dia air minuman. Haus betul budak ni πŸ˜‚πŸ˜‚

Dalam perjalanan budak ni cakap dengan aku kalau dia ada duit dia mahu beli beras 1kg dan telur biji yg 50sen tu😭😭😭😭😭 

Sampai ke destinasi aku hulur la yg tidak seberapa dan aku ckp dgn budak ni nanti kau beli apa yg kau mahu tu yaπŸ’• 

Dari kg.epil pergi bandar jalan kaki semata-mata jual patung rm1 untuk beli beras .ya allah dik 

Dapat ku bayangkan peritnya hidupmu😭😭

Kalau ada yg terserempak tu, biar tidak beli apa yg dorang jual , just hulur la seberapa ikhlas hati ya.Dorang jual bersebab . .untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Moga cerita yang dikongsikan ini menjadi iktibar kepada kita semua. Moga ramai rakyat Malaysia dapat mencontohi saudara Hanif yang membantu  golongan yang sangat memerlukan terutama pada musim pandemik ini. 

Sumber: Hanif Joroi

Post a Comment

0 Comments