Lelaki ini pinang isterinya dengan mata wang digital Bitcoin bernilai hampir RM500 ribu

 

Dalam adat melayu kini, pinang dengan hantaran berbalas hantaran perkara biasa termasuklah pemberian cincin, rantai emas.

Namun apa yang terjadi di Daerah Makassar Indonesia, lelaki yang berasal dari Riau iaitu Raja Muhammad Hasbi 47 telah meminang isterinya Bau Tenri Abeng 31, dengan 2 keping bitcoin bernilai hampir RM500 ribu.

Seorang pengguna facebook bernama Mismaya Alkhaerat berkongsi apa yang unik berlaku pada majlis perkahwinan ini adalah suaminya membawa wang hantaran dua keping bitcoin bernilai 1.6 Billion Rupiah bersamaan RM500 ribu.

1 keping bitcoin nilainya lebih kurang RM250 ribu, selain mata wang digital ini, wanita tersebut diberi sepasang barang kemas seperti tiga keping emas gold bar dan kelengkapan solat.

Cinta mereka berputik setelah bersama-sama dalam urusan mata wang digital sewaktu di Jakarta, kata Mismaya.

Majlis itu dihadiri keluarga dan saudara terdekat memandangkan prosedure majlis wajib dalam skala kecil.

Sumber: Kompas

Post a Comment

0 Comments