Selepas dapat simpati daripada seluruh rakyat Malaysia, tersebar kehidupan sebenar abang burger

 

Tersebar di media sosial facebook baru-baru ini seorang abang burger yang dikompaun sebanyak RM50 000 telah mendapat simpati seluruh rakyat Malaysia. Ramai yang telah mengutuk pihak berkuasa yang dikatakan  berlaku zalim kepada mangsa. Namun hari ini kecoh apabila tular beberapa gambar dan kesalahan sebenar yang mangsa buat. 

Mangsa sebenarnya telah melanggar SOP kerana membuka gerai tersebut melebihi had masa yang ditetapkan. Tambahan lagi, gerai tersebut telah menjadi port lepak penduduk kampung. Polis telah memberi amaran kepada mangsa tetapi tidak diendahkan sehingga atas laporan penduduk kampung, polis mengeluarkan kompaun kepada mangsa. 

Netizen turut mendedahkan beberapa gambar berkait mangsa. Mangsa dikatakan membuka kedai sehingga pukul 4 pagi. Sedangkan pada waktu ini Kelantan telah berada dalam zon merah. 




Diharapkan selepas ini rakyat perlu mematuhi perintah dan undang-undang yang ditetapkan untuk mengekang wabak yang melanda negara. Peraturan waktu berniaga telah ditetapkan dan berkumpul beramai-ramai adalah di larang terutama di kawasan zon merah. 

Sumber: facebook

Like & Follow FACEBOOK


Post a Comment

0 Comments