Seorang lelaki cuba mencabul wanita bersendirian di dalam kereta

 

Seorang lelaki yang menunggnag basikal cuba mencabul seorang wanita yang dilihatnya bersendirian di dalam sebuah kereta. Melalui rakaman CCTV memperlihatkan lelaki tersebut berulang -alik membonceng basikal di tepi kereta wanita berkenaan. 

Ketika keadaan agak lengang. Lelaki tersebut cuba berinteraksi dengan mangsa. 

Namun, mangsa salah faham dan mengira lelaki tersebut meminta sedekah. Mangsa menghulurkan wang melalui tingkap kereta. Wang tersebut di ambil sambil lelaki itu memegang seluarnya.  

Kelihatan dia hampir membuka zip seluar namun tidak berjaya disebabkan kenderaan yang lalu lalang di kawasan itu. 

Mangsa kemudiannya keluar daripada kereta selepas  lelaki tersebut beredar,  kemudian berlari ke arah kedai berhampiran. Namun lelaki tersebut mengejar mangsa dengan basikalnya. 

Ketika mangsa berdepan dengan detik cemas, seorang pemandu kereta putih menyelamatkan mangsa dan lelaki tersebut lari dan beredar dari situ. 

Diharapkan semua wanita di luar sana berhati-hati ketika bersendirian. Menjerit dan minta pertolongan jika anda berada dalam situasi merbahaya. 

Sumber: mynewshub

Like & Follow FACEBOOK

Post a Comment

0 Comments