(TERKINI) - Ahli perniagaan dah dicekup, ini sebab mengapa dia memukul pengawal peribadinya


Tular semalam dua orang pengawal peribadi beragama Islam dipukul dan dicederakan majikan.

Hasil siasatan mendapati majikan itu berbangsa cina yang tidak puas hati dengan kawannya.

Akibat daripada itu, beliau yang sedang berjalan bersama pengawal peribadinya terus menengking mengatakan: 

"Jangan puasa, siapa yang bayar gaji u, saya ka u punya Allah? U mahu ikut Allah atau saya?"

Menurut sumber Malaysia Gazette, lelaki bernama Chung tu juga siap mengacu pistol dan melakukan ugutan bunuh kepada kedua-dua mangsa.

Kini mangsa dalam keadaan stabil, kemungkinan emosi agak terganggu sedikit.

Kes disiasat di bawah seskyen Kanun Keseksaan.



Pada 13/04/2021 jam lebih kurang 10 malam, semasa saya berada di alamat One Kl Condominium Complex Kuala Lumpur 6, Jalan Pinang Kuala Lumpur City Centre 50088  Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, semasa saya dan kawan saya bernama Ahmad Shamsuri Bin Zailani No KP 940427065357 duduk dalam condominium milik rakan bos saya, bos saya bernama Mr Chung Cheeyang, dia bertanyakan kepada kawan saya dan saya "u orang puasa ke?" Dan saya menjawab "Ye kami puasa" dan selepas itu beliau menampar serta mengetuk kepala saya dan kawan saya menggunakan telefon bimbitnya di depan staff di dalam condominium, beliau menyatakan saya sudah cakap jangan puasa siapa yang bayar gaji u? Saya ke atau u punya Allah, u tahu ke siapa saya, itu Allah tak boleh jaga saya, saya berhenti u orang nanti, u orang minta u punya Allah bayar gaji u lah, semasa hendak turun dari lif, saya telah ditampar dan ditarik rambut, manakala rakan saya telah ditampar, dan menyatakan u orang mahu conplain saya ke? Itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang, kemudian saya pergi ke basement untuk mengambil kereta eskot dan pergi ke lobi, setiba di lobi, sekali lagi Mr Chungcheeyang   memanggil saya dan mengatakan  "U mahu ikut Allah, atau mahu ikut saya", kemudian beliau telah menampar dan menumbuk saya". 

Apabila sampai di rumah majikan saya di Alamat No 2A Lorong 9L Jalan Bt Nilam 9 Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor, semasa berada di lokasi seramai 2 bodyguard yang lain beserta staff anggaran lebih kurang 11 orang yang lain tunggu dihadapan rumah beliau. Beliau menyuruh seorang staff bernama Mr Choo pergi ambik satu kayu rotan dan menyuruh pukul di belakang saya dan kawan saya secara bergilir-gilir. Mr Chung Cheeyang turut menampar, memukul saya, tendang dan tumbuk dan mengulangi kata "U mahu ikut Allah atau mahu ikut saya, tengok dia boleh kasi u gaji ke", kemudian beliau terus memukul saya dan beliau juga mengugut saya "U ha saya panggil orang setting (ganggu atau memukul saya dan keluarga) sama u" saya mengatakan sori bos sakit kemudian Mr Chung Cheeyang datang ke arah saya dan mengatakan mari pistol dan beliau terus merampas pistol yang diletakkan di bahagian pinggang saya. 

Selepas itu, Mr Chung Cheeyang memegang sepucuk pistol yang beliau rampas dari saya sambil mencekah dan diacukan ke arah saya sambil mengtakan "saya boleh tembak sama u tengok Allah boleh tolong ke" akibat dipukul saya dan rakan mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan, kepala dan lengan. Akibat dari kejadian tersebut, saya mengalami trauma, fobia, dan ketakutan terhadap keselamatan diri saya dan keluarga, saya datang ke balai buat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Mr Chung serta tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan untuk keselamatan diri serta keluarga saya serta rakan saya di kemudian hari.





Post a Comment

0 Comments