(Video) - Seorang pemandu maut di tempat kejadian selepas keretanya dihempap sebuah pokok besar

 



Seorang lelaki dikenali sebagai Yong Geeng Huei 53, harini maut di tempat kejadian selepas kereta yang dipandunya dihempap sebuah pokok besar kira-kira 10 meter panjang.

Kejadian itu, berlaku di Jalan Perak Jelutong Pulau Pinang, disaksikan ramai pengguna jalan raya.


Keadaan jalan basah dan hujan lebat juga punca angin kencang menyebabkan beberapa penunggang motosikal berhenti di kaki lima kedai.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Aazelan Hassan menerima panggilan jam 9.50 pagi tadi, apabila tiba di lokasi terlihat sebuah pokok besar berukur lilit 2 meter dan panjangnya 10 meter melintangi jalan dan menghempap sebuah kereta proton wira.

Menurut Ketua Bomba Jalan Perak, terdapat seorang mangsa di dalam kereta semasa kejadian, dan pihak bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan mengambil masa satu jam 10 minit, dengan bantuan peralatan khas serta kren Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk kerja pemotongan dan pengalihan.

Mangsa disahkan meninggal di tempat kejadian oleh KKM dan mayat dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat.



Please hati2 ya, sekarang musim hujan dan angin kuat.

Like & Follow FACEBOOK 


Post a Comment

0 Comments