(Video) - Seorang lelaki mengaku imam mahdi, menyerang imam Masjidil Haram

 


Sebuah video tular dengan kejadian seorang lelaki cuba menyerang imam masjidil haram iaitu Sheikh Bandar Baleelah. Pada ketika itu imam masjidil haram telah menyampaikan khutbah pada hari jumaat. 


Tiba-tiba muncul seorang lelaki berpakaian ihram meluru berlari ke mimbar dan ingin menyerang imam berkenaan. Namun, serangan itu dihalang oleh pengawal keselamatan yang bernama al-Zahrani.  Dia menjadi wira pada hari itu kerana berjaya menghalang serangan daripada lelaki tersebut. 


Walaupun kekecohan telah berlaku, imam dengan tenang meneruskan khutbah seperti biasa. Menurut juru cakap polis Mekah, lelaki tersebut mengaku bakal imam mahdi. Serangan tersebut telah disaksikan ramai orang disebabkan bersiaran langsung dari masjidil haram. 


Siasatan awal polis Mekah mendapati, lelaki tersebut berusia 40 tahun.  Saksikan video penuh dibawah. 


Sumber:Arab news

Post a Comment

0 Comments