Kes remaja 14 tahun dite3mbak m4ti oleh anggota polis | lari dari sekatan polis

 

























Aminulrasyid Amzah dilahirkan pada Ogos 1995 berusia 15 tahun menetap di Shah Alam Selangor yang ditem.bak ma.ti oleh seorang anggota polis, kejadian berlaku semasa dikatakan mangsa cuba melarikan diri dari sekatan polis. Kejadian ini turut menjadi bahan berita hangat sehingga tekanan awam mendorong Kementerian Dalam Negeri untuk menubuhkan satu panel khas diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu Abu Seman Yusop untuk membuat siasatan lebih terperinci.



Kematian Aminulrasyid menjadi isu politik yang mana Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menawarkan bantuan kepada keluarga arwah, sejurus selepas itu, Karpal Singh kemudiannya dilantik sebagai peguam keluarga Aminulrasyid untuk menangani kes ini.


Beberapa ahli politik turut mendesak Ketua Inspektor Polis agar meletak jawatan ekoran kejadian ini. Pada jam 2 pagi 26 April 2010, Aminulrasyid ma.ti ditem.bak oleh anggota peronda polis berhampiran rumahnya di Jalan Makyong Seksyen 11 Shah Alam Selangor. 



Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya tanpa lesen pada malam hari bersama rakannya. Polis peronda yang menaiki kereta peronda polis MPV telah mengejar dan mengarahkan suspek berhenti tetapi Aminulrasyid ketakutan lalu melarikan diri dan kononnya telah membahayakan anggota polis. Kereta peronda polis mengejar kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid sejauh 6km dalam kelajuan yang tinggi sebelum suspek terlanggar sebuah motosikal.


Beberapa kali polis cuba memberi arahan dan amaran agar kereta itu berhenti namun mangsa enggan berbuat demikian, akhirnya beberapa tem.bakan dilepaskan yang mana tem.bakan tepat dibahagian belakang kepala mangsa, rakannya Muhammad Azamuddin Omar yang duduk di sebelah telah melarikan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan badan untuk pengetahuan anda N Surendran dan Latifah Koya juga bertindak sebagai peguam untuk kes ini.




Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar ketika itu, menyatakan polis telah meneliti keterangan 20 saksi dan masih berharap saksi-saksi yang lain.



Ketua Polis Negara Tan Sri Mussa Hassan, sendiri pergi ke lokasi untuk mendapatkan gambaran sebenar selepas Peguam Negara Malaysia menerima siasatan awal. Sebahagian kereta peronda polis dilengkapkan dengan kamera sejak 2006. Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail, mengarahkan polis menjalankan siasatan lebih lanjut sekali lagi selepas menerima kertas siasatan awal.


Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali mencadangkan sebuah inkues ditubuhkan. Ketua Polis Negara menyatakan bahawa polis perlu mempertahankan diri daripada sebarang ancaman kereta juga adalah senjata yang boleh digunakan untuk melanggar dan membu.nuh seseorang. Pada waktu malam seseorang pemandu tidak dapat dipastikan seorang dewasa atau remaja sesiapa yang ditahan oleh pihak polis hendaklah berhenti dan tidak takut disaman. Jika tidak mempunyai lesen sekalipun hendaklah berhenti apabila ditahan oleh anggota polis.


Jika melarikan diri pemandu akan disyaki sebagai penje.nayah apatah lagi membawa kereta secara berba.haya. Pada 30 April 2010, panel khas memantau insiden remaja ditem.bak ditubuhkan oleh Kementerian Dalam Negeri Malaysia. 


Panel itu terdiri daripada kalangan Pertubuhan Bukan Kerajaan NGO yang tidak berkepentingan politik mahupun Polis Diraja Malaysia PDRM iaitu: Datuk Wira Abu Seman Yusop Pengerusi Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz Timbalan Pengerusi, Timbalan Ketua Setiausaha Keselamatan Kementerian Dalam Negeri, Tun Haniff Omar bekas Ketua Polis Negara, Datuk Denison Jayasooria Bekas Pesuruhjaya Suhakam, Kamal Affendi Hashim Penganalisis Jenayah, Datuk Muahammed Shafie Abdullah Peguam Anggota Suruhanjaya Antara Kerajaan Asean Mengenai Hak Asasi Manusia, Datuk Dr Michael Yeoh Anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia Suhakam, Prof Abdul Halim Sidek Timbalan Naib Canselor Universiti Teknologi Mara Uitm.



Tujuan panel ini ialah sebagai jambatan penyalur maklumat kepada orang ramai, hasil siasatan yang dilakukan oleh polis termasuk memantau dan menilai hasil siasatan itu supaya tidak berlaku penyelewengan. 


Panel ini mula bertugas dengan melawat tempat kejadian iaitu sekitar Seksyen 11 pada 4 Mei 2010 untuk tujuan siasatan awal. Kemudian pada 10 Mei 2010 mereka menyerahkan laporan awal siasatan mereka kepada jemaah menteri.




Setelah 4 bulan menyiasat pada 3 September 2010 panel khas ini bermesyuarat buat kali terakhir untuk membuat usul supaya penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara dengan memasukkan beberapa pendekatan yang digunapakai di negara-negara maju di samping menyerahkan laporan akhir mereka kepada Kementerian Dalam Negeri tidak lama selepas itu.



Perbicaraan kes pembu.nuhan Aminulrasyid Amzah di Mahkamah Seksyen Shah Alam pada 12 Oktober 2010 yang mana Korperal Jenain Subi didakwa mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda jila disabit kesalahan. Perbicaraan ini dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Seksyen Latifah Mohd Tahar dengan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar sebagai pendakwa dan M.Athimulan sebagai peguam bela yang mewakili tertuduh.



Pada hari pertama perbicaraan Lans Koperal Ahmad Zamzani Abdul Wahab, seorang jurufoto polis memberitahu mahkamah bahawa dua peluru hidup dan 17 kerongsong peluru adalah antara bahan-bahan yang dijumpai dan dirakam di tempat kejadian pada 26 dan 28 April. 


Selain itu, pada 14 oktober seorang saksi mengaku terdengar 10 das tem.bakan yang begitu dekat dengan rumahnya di Jalan Silat Gayung, pada 21 Oktober Mahkamah diberitahu bahawa sebanyak 21 butir peluru telah digunakan oleh sepucuk submesin HK MPS A3 yang didaftarkan atas nama Koperal Jenain.



Setelah mendapati bahawa sen.jata yang berisi 100 peluru dipulangkan dengan 79 peluru pada 26 April setelah digunakan oleh Jenain untuk meronda pada 25 April, pada 21 Oktober juga 3 ahli keluarga Aminulrasyid iaitu kakaknya Tuty Shaninza Anom Amzah, suaminya Muzafar Mahali, dan Mahali Ramlan iaitu bapa mertua Tuty disoal tentang pa.rang yang ditemui di dalam kereta yang dipandu oleh mangsa sewaktu kejadian.



Lalu mereka menjawab bahawa pa.rang itu bukan kepunyaan mereka, apatah lagi Tuty mengaku tidak pernah melihat adiknya membawa pa.rang sebelum kejadian.


Pada 28 Oktober Pakar Perunding Kanan Perubatan Forensik Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah HTAR Klang Dr Khairul Azman Ibrahim memberitahu mahkamah bahawa Aminulrasyid meningg4l dunia disebabkan luka tem.bakan di kepala dan mungkin menghembuskan nafas terakhirnya beberapa saat selepas ditem.bak.



Pada 9 November Ketua Unit Sen.jata Api dan Kesan Alat dari Seksyen Kriminalistik Bahagian Forensik, Jabatan Kimia Shaari Desa memberitahu mahkamah bahawa sebanyak 32 lubang dan lekukan peluru ditemui pada kereta yang dipandu Aminulrasyid Amzah. Pada hari keesokannya Shaari mengulas bahawa tindakan menem.bak ke arah kereta itu mungkin sekali bertujuam memberhentikan kenderaan itu.


Pada 10 November juga Hakim Latifah Mohd Tahar meluangkan kira-kira sejam melihat sendiri kesan tem.bakan dan kerosakan pada kereta proton Iswara berwarna putih yang dipandu oleh Aminulrasyid. Pada 6 Disember Azamuddin Omar, rakan karib kepada Aminulrasyid dan saksi utama dalam kes kema.tian Aminulrasyid, sewaktu disoal oleh Timbalan Pendakwaraya Idham Abdul Ghani, dia mendakwa bahawa dirinya dipu.kul oleh anggota polis, selain itu kereta polis terus mengejar mereka sehingga ke Stesen Minyak Caltex Seksyen 11 dan beliau terdengar tem.bakan bertubi-tubi dan mengenai tayar belakang kereta menyebabkan kereta yang dipandu Aminulrasyid terhoyong-hayang tapi masih dapat dikawal dan semasa beliau terdengar tem.bakan kali terakhir ia terkena pada kepala menyebabkan Aminulrasyid jatuh ke atas ribanya dan beliau nampak bahagian belakang kepalanya berlubang dan berdarah.



Setelah kereta terbabas dan melanggar tembok beliau cuba keluar dan ingin menyerah diri tetapi diter4jang oleh pihak polis di badan dan kepala namun sempat melarikan diri. 




















Pada 14 Disember seorang rakan sejawat tertuduh konstabel Mohd Hafizd Mohd Yusoff memberitahu mahkamah bahawa tertuduh memang melepaskan tem.bakan ke arah mangsa, pada hari berikutnya, Hafizd menyangkal soalan bahawa dirinya turut melepaskan tem.bakan pada malam kejadian.


Cara pemanduan Aminulrasyid yang agresif dan melulu serta beberapa kali menghimpit kereta peronda polis menggambarkan seolah-olah pemandu kereta itu adalah seorang penje.nayah. 




Perbicaraan bersambung pada 28 januari 2011 untuk mendengar hujah pembelaan, pada 29 januari 2011 peguam M.Athimulam yang mewakili Jenain, pakar forensik dan ahli kimia sebelum ini gagal mengesahkan dari sen.jata mana anak peluru yang ditemui di dalam kepala mangsa dilepaskan kerana tiada bukti forensik untuk mengaitkan bahawa anak peluru itu telah dilepaskan sama ada oleh senjata Jenain atau Mohd Izham.



Jenain diperintah oleh Mahkamah Seksyen Shah Alam untuk membela diri pada 28 Februari 2011, tertuduh menerangkan kepada Mahkamah bahawa dia tidak berniat untuk membu.nuh sesiapa sebaliknya bahawa beliau hanya bertindak jujur dan munasabah ketika melepaskan tem.bakan pada hari kejadian.


Pada 15 September Mahkamah Sekyen Shah Alam menjatuhkan hukuman  5 tahun penjara ke atas Koperal Jenain Subi atas kesalahan menyebabkan kema.tian Aminulrasyid Amzah. Setelah diyakinkan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan di luar keraguan munasabah bahawa peluru menyebabkan kema.tian pelajar sekolah itu merupakan salah satu daripada 21 peluru yang ditem.bak oleh Jenain dari selaras senapang submesin-gun pada malam itu.


Terdapat beberapa keraguan di dalam kes ini iaitu 


1) Arwah bukan peny4mun dan penje.nayah, warga seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikiam rupa dari mana pihak sekalipun 


2) Arwah tidak cuba mel4nggar anggota polis seperti yang didakwa, arwah telah ditem.bak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis 


3) Tiada pa.rang di dalam kereta semasa pemeriksaan polis dan bukti itu hanya rekaan semata-mata


Semoga Allahyarham Aminulrasyid Amzah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. Alfatihah.

Post a Comment

0 Comments