Insiden Lahad Datu | Polis Special Branch (SB) pengkhianat negara?

 


Semasa sedang menjual ikan, informer (pemberi maklumat) polis melihat kelibat lebih dari 1500 lelaki berkumpul dengan berpakaian ala-ala tentera.



Informer polis merasakan ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku. Apa yang terjadi sebenarnya? 


"Jangan abaikan hal ini, kasi tau orang alasan"


Itulah kata-kata informer polis kepada suspek iaitu seorang anggota polis berpangkat koperal yang bertugas untuk Cawangan Khas (Special Branch) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Lahad Datu Sabah sejak tahun 1990 lagi.



Suspek didakwa atas kesalahan membelot dan merahsiakan adanya info pengga.nas menceroboh masuk Sabah pada tahun 2013.



Tanggungjawab suspek adalah mengumpulkan maklumat perisikan ke atas Kesultanan Sulu dan ancaman yang mungkin datang dari mereka.


Beliau bertanggungjawab melaporkan kepada Ketua Polis Cawangan Khas Lahad Datu apa sahaja maklumat mengenai ancaman dan aktiviti Kesultanan Sulu yang berpotensi mengancam keamanan Sabah. 


Suspek dipilih kerana kefasihan beliau dalam bahasa Sulu dan Bajau dan juga memiliki hubungan rapat dengan komuniti Sulu di Lahad Datu. 



Informer polis tersebut dengan jelas dapat melihat sekumpulan lelaki dalam jumlah yang luar biasa berpakaian askar tertulis "Royal Sulu Force" pada uniform mereka. Yang pasti mereka bukan daripada mana-mana unit tentera Malaysia. 


Perbualan antara penceroboh dapat didengar dan mereka merancang untuk menawan Sabah. 



Informer polis kemudian terus memaklumkan hal ini kepada suspek untuk membolehkan suspek melaporkan hal ini kepada Ketua Polis Cawangan Khas. Malangnya, suspek tidak berbuat apa-apa. 



Tiga hari kemudian, informer polis yang sama dapat melihat 4 buah bot kecil memasuki Bangkuran, Lahad Datu. 


Info ini kemudian diberikan kepada suspek untuk dilaporkan kepada Ketua Polis Cawangan Khas tetapi suspek sekali lagi tidak berbuat apa-apa. Apa sebenarnya motif suspek? 



Kemudiannya, suspek dikesan berkomunikasi dengan lelaki tidak dikenali. Pada jam 7.37 malam pada 2 Mac 2013, satu panggilan telefon dapat dipintas oleh informer polis kedua iaitu seorang pembantu tadbir yang bertugas di Ibu Pejabat Bukit Aman. 


Suspek diberitahu ada 400 orang askar akan memasuki Sabah sebagai "back-up" kepada askar Sulu. Suspek yang mengetahui hal ini tidak juga melaporkan kepada Ketua Polis Cawangan Khas. 



Panggilan telefon kedua antara suspek dan kumpulan penceroboh kemudian dapat dipintas informer polis yang mendengar satu serangan ala gerila akan dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu. Informer polis ini memahami perbualan disebabkan dia mahir dalam Bahasa Bajau dan juga Sulu. 


Info serangan gerila yang akan dibuat telah diterima suspek, tetapi sekali lagi info ini tidak dilaporkan kepada ketua suspek iaitu Ketua Polis Cawangan Khas. Atas kelalaian suspek inilah, suspek ditahan dan didakwa. 



Pada 2014, suspek didakwa atas kesalahan gagal mendedahkan maklumat mengenai tindakan pengganas di bawah Seksyen 130M Kanun Keseksaan. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 7 tahun kepada suspek.  


Suspek didapati bersalah atas kesalahan jena.yah tersebut. Suspek kemudian membuat rayuan atas sabitan dan hukuman penjara yang dikenakan Mahkamah Tinggi. Peguam suspek berhujah maklumat yang diberikan oleh kedua-dua informer polis adalah tidak sah dan tidak boleh digunapakai. 


Peguam suspek juga berhujah suspek dijadikan kambing hitam oleh Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dijadikan penyebab berlakunya insiden Pencerobohan Pengganas di Lahad Datu. 


Hujahan peguam suspek ditolak Mahkamah Rayuan pada Februari 2018, panel hakim Mahkamah Rayuan iaitu YAA Lim Yee Lan, Abdul Rahman Sebli dan Zaleha Yusof memutuskan suspek bersalah atas kesalahan gagal mendedahkan info keganasan kepada Ketua Polis Cawangan Khas. 



Mahkamah Rayuan memutuskan info yang diberikan oleh informer polis adalah info yang sahih dan boleh digunapakai. Info pengganas dalam panggilan telefon adalah sah disebabkan keterangan yang diperoleh secara tidak sah adalah boleh diterima jika ia relevan dengan isu. (Seksyen 24 SOSMA) 



Informer-informer polis telah diarahkan untuk memberikan segala maklumat tentang pengganas kepada suspek. Kegagalan suspek melaporkan maklumat pengganas membawa padah kerana pencerobohan Lahad Datu benar-benar terjadi. 


Suspek tahu dia perlu melaporkan info tentang pengganas dan ianya memang dalam skop tugasan suspek. 


(Sekiranya suspek gagal melakukannya, ianya dikira sebagai satu kesalahan)


(Keputusan Hakim, pendakwa raya vs peguam bela).



Insiden keganasan Lahad Datu telah meragut nyawa antaranya Koperal Sabarudin Daud dan Inspektor Zulkifli Mamat iaitu anggota dari unit Komando VAT69. 


Insiden ini boleh dielakkan sekiranya suspek bertindak sebaliknya dan tidak menjadi pembelot.


(Perenggan 28 Penghakiman Kes) 


Disebabkan kesalahan gagal mendedahkan info pengganas dengan sengaja, suspek dikenakan hukuman penjara 7 tahun. Hukuman penjara ke atas suspek dikekalkan oleh panel hakim Mahkamah Rayuan pada Februari 2018. 


Suspek: Hassan Bin Haji Ali Basari lwn Pendakwa raya 2019/1/MLJ - 390

Post a Comment

0 Comments