Kes Eksekutif Berita TV9 ditemui mati | cubaan pembunuhan terancang?


Pada puasa Ramadhan ke-9, si suami sedang berbuka puasa seorang diri selepas isterinya masuk ke dalam bilik. Sejurus selepas itu, si suami terdengar bunyi sesuatu yang jatuh dari arah bilik.




Pintu bilik juga dikunci dan memaksa si suami untuk memecah masuk pintu bilik tersebut setelah beberapa panggilan memanggil isterinya keluar dari bilik untuk berbuka puasa bersama tidak disahut. 


Setelah pintu bilik dapat dibuka, si suami terkejut kerana isterinya sudah dalam keadaan tergantung pada kipas siling. Apa yang terjadi sebenarnya? 


Ekoran daripada kejadian itu, si suami pun menghubungi talian kecemasan 999. Pada ketika ini, isterinya tidak sedarkan diri di dalam bilik. 


Ketika dalam kecemasan, pegawai perubatan mengarahkan si suami supaya melakukan bantuan pernafasan CPR yang merupakan kaedah pertolongan cemas yang berfungsi untuk mengembalikan pengaliran darah dan kadar oksigen yang mencukupi ke paru-paru, otak dan juga organ-organ penting yang lain. 


Si suami diarahkan pegawai perubatan supaya melakukan CPR sementara menunggu ambulans tiba. Si suami pun melakukan apa yang pegawai perubatan itu arahkan. 


Namun, isterinya masih juga tidak sedarkan diri dan memaklumkan perkara ini kepada pegawai perubatan di dalam talian. Dilaporkan, suara si suami ketika menghubungi talian kecemasan dikatakan dalam keadaan biasa, tenang dan tidak ada kelam kabut. 


Tanpa membuang masa, paramedik pun bergegas ke lokasi kejadian. Ketika unit perubatan dan pihak polis tiba di dalam bilik, mangsa disahkan meninggal dunia.


Si suami memaklumkan kepada pihak polis bahawa mangsa telah menggantung dirinya sendiri pada kipas siling menggunakan kain cadar. 


Siasatan awal dilakukan oleh pihak polis di tempat kejadian dan mendapati pintu bilik tersebut terdapat kesan pecah. 



Bilik itu juga dalam keadaan yang berselerak dan didapati ada sebuah almari solek dalam keadaan terjatuh di tepi katil. Apa yang menghairankan adalah cermin almari solek itu tidak pecah sama sekali. 


Ketika dalam siasatan, dijumpai juga dua helaian kain cadar berwarna coklat yang terletak di atas tilam. 


Dua helaian kain cadar ini dalam keadaan telah dipotong menggunakan pi.sau. Apabila disoal, si suami menyatakan yang dia menurunkan ma.yat isterinya dengan memotong kain cadar tersebut menggunakam pi.sau pemotong daging. 


Si suami juga menyatakan yang dia juga ada membuka simpulan pada kain cadar yang diikat di atas kipas siling tersebut sewaktu menurunkan ma.yat isterinya. 


Salah seorang pegawai polis iaitu Sarjan S.Manivanan bertanyakan beberapa kali kepada si suami kenapa dia membuka simpulan kain di kipas tersebut, tetapi si suami enggan menjawab. 



Lebih memilukan, anak pasangan suami isteri ini yang berumur sekitar 2 tahun menangis di tepi pintu setelah ma.yat ibunya dibaringkan di atas tilam di ruang tamu serta diselimutkan. 



Anggota polis menemui ada kesan lebam pada leher mangsa. Pihak polis kemudian mengambil beberapa gambar di tempat kejadian untuk melengkapkan siasatan. 


Apabila siasatan selesai sekitar jam 11.30 malam, ma.yat mangsa terus dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk dibedah siasat. 



Bedah siasat dilakukan pada keesokan harinya. 


Pakar Forensik Patologi Hospital Sungai Buloh iaitu Dr Shahidan Md Noor membuat kesimpulan bahawa mangsa ma.ti akibat "asfiksia" (tidak cukup bekalan oksigen). 


Menurut Dr Shahidan, hasil pemeriksaan ke atas ma.yat mangsa terdapat beberapa kecederaan luaran antaranya jalur merah putih pada bahagian depan leher mangsa selain buih darah di mulut dan hidung mangsa. 


Terdapat juga kesan lebam di atas dahi, buku lali dan keting masa. 


Bedah siasat dijalankan pada jam 10.30 pagi sehari selepas kejadian itu turut mendapati terdapat kesan pendarahan bintik-bintik pada struktur leher mangsa. 


Saluran pernafasan mangsa juga terdapat banyak buih halus. 


Dalam kes ini, Dr Shahidan menyatakan udara tidak dapat masuk ke dalam paru-paru mangsa disebabkan ada halangan pada atas pernafasan mangsa. 


Dia juga memberitahu ada dua sebab berlakunya "asfiksia" dalam kes ini.


1) Berlakunya tekanan pada leher mangsa kerana menggantung diri. 

2) Satu bentuk "ligature" dikenakan pada bahagian mangsa.


Ligature (satu bentuk yang diketatkan)



Pegawai forensik yang lain pula diminta ke tempat kejadian iaitu sehari selepas kejadian kerana siasatan perlu dilakukan di lokasi kejadian. 


Pegawai forensik tiba di lokasi kejadian bersama 5 orang anggota pasukan. 


Sepanjang siasatan dilakukan si suami turut berada di lokasi kejadian. Hasil siasatan pegawai forensik mendapati mangsa tidak dianggap ma.ti menggantung diri sendiri pada kipas siling di dalam bilik tersebut. 


Ini kerana ada 6 sebab utama kenapa pegawai forensik berpendapat sedemikian. 


1) Kipas siling di dalam bilik tersebut berada dalam keadaan baik.

2) Kesan habuk pada bahagian atas kipas siling tersebut tidak terusik.

3) Tiada kesan simpulan pada kedua-dua hujung cadar yang digunakan.

4) Kesan potongan cadar menggunakan pisau tidak selari kerana kesan potongan agak bersih

5) Cermin meja solek berada dalam keadaan baik dan tidak pecah walaupun dikatakan si suami yang meja solek itu digunakan isterinya untuk menggantung diri.

6) Tiada kesan tapak kaki pada atas meja solek itu.


Dengan 6 sebab utama ini, pegawai penyiasat menyatakan kes ini bertukar dari laporan kematian secara tiba-tiba kepada satu kes pembu.nuhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. 



Keputusan hasil siasatan mengesyaki mangsa tidak membu.nuh diri dengan menggantung diri, sebaliknya dia telah dibu.nuh.


Si suami telah disyaki membu.nuh isterinya dan dan kemudian dia telah diberkas polis. 


Difahakamkan sebelum kejadian berlaku, mangsa telah bertengkar dengan suaminya sebelum masuk waktu berbuka puasa. 


Mangsa dikatakan telah merajuk dan lari masuk ke bilik dan mengunci pintu bilik. Jiran rumah mereka memaklumkan turut mendengar pertengkaran yang terjadi di antara mereka berdua yang dikatakan puncanya adalah kerana suaminya pulang kerja lewat. 



Si suami yang bernama Norazman Bashah (31 tahun) didakwa membu.nuh isterinya iaitu Nur Syaleza Jaafar(30 tahun) di kediaman mereka di Apartmen Saujana, Jalan PJU 10/1C, Damansara Damai, Petaling Jaya di antara jam 12 tengahari dan 7.30 malam pada 28 Julai 2012  


Norazman akan berdepan dengan hukuman gantung sampai ma.ti jika didapati bersalah. 


Yang menjadi persoalan dalam kes ini, "Adakah Norazman betul-betul membu.nuh isterinyaa?" Atau  Adakah Nur Syaleza sememangnya membu.nuh diri?" 



Sampel darah mangsa yang disahkan oleh ahli kimia tidak mengandungi sebarang alk0hol tetapi ada mengandungi "paracetamol" iaitu sejenis da.dah "analgesic" yang digunakan untuk mengurangkan kesakitan. 


Terdapat juga kesan darah pada baju-T, seluar pendek, seluar dalam, pi.sau dan keratan kuku tangan kiri dan kanan mangsa. 


Dalam kes ini juga, tiada kesan DNA yang ditemui pada putik kapas calitan habuk yang digunakan pegawai forensik pada kipas siling. 


Selain itu, kain cadar yang dikatakan digunakan mangsa untuk membu.nuh diri juga tidak ditemui kesan DNA. Ahli kimia menegaskan tiada kesan debu atau kotoran penting pada cadar dalam bilik tersebut dan cadar dipotong konsisten menggunakan objek tajam.


Selain itu, tiada sebarang ciri unik pada kesan atau corak potongan pada cadar tersebut. 



Kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, pihak peguam bela berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan yang mangsa sebenarnya bukan dibu.nuh. 


Hakim Mahkamah Tinggi iaitu Datuk Abdul Halim Aman berkata dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan, keterangan Pakar Forensik Patologi iaitu Dr Shahidan adalah amat penting dalam mencari punca sebenar kema.tian mangsa. 


Dr Shahidan sebagai doktor pakar sendiri tidak dapat mengemukakan dengan jelas sama ada mangsa menggantung diri atau dijerut sampai ma.ti. 


Sebagai doktor pakar berpengalaman luas, keterangan beliau amat diharapkan dapat membantu mahkamah, namun beliau sendiri hadapi kesukaran dalam mencari jawapan dan kesemua keterangannya berakhir dengan "kemungkinan" serta "boleh diterima pakai". 


Dengan keterangan seperti itu, pelbagai kemungkinan boleh diberikan dalam sesuatu kes. 



Seterusnya, hakim mahkamah berkata kekuatan kes juga bergantung kepada siasatan dan bagi kes ini hakim mendapati siasatan yang dijalankan pegawai penyiasat serta pakar forensik tidak terperinci, tidak meluas serta terdapat kelemahan. 


Dalam kes ini, pihak polis forensik antaranya gagal menyiasat kewujudan kerusi kecil yang patah di tempat kejadian. 


Apakah kaitannya dengan insiden, bagaimana ia patah dan adakah ianya digunakan sebagai sen.jata untuk serang mangsa atau adakah kerusi itu digunakan untuk mangsa berdiri ketika gantung diri? 


Perkara ini tidak disiasat oleh pihak forensik. 



Selain itu, pegawai penyiasat juga gagal menyiasat isu kemurungan mangsa seperti menemu bual keluarga dan juga rakan-rakan terdekat mangsa. 


Isu kemurungan mangsa telah tersebar luas di media massa mengenai status terakhirnya di Blackberry Messenger (BBM) yang tertulis, "Sabarlah duhai hati" serta "kehidupan dengan papa adalah kehidupan memenatkan". 


Kegagalan pihak polis menyiasat perkara ini menimbulkan persoalan walaupun pihak polis telah merampas telefon pintar mangsa selain gagal menyiasat kandungan telefon pintar tersebut. 


Selain siasatan, Datuk Abdul Halim berkata pembuktian m0tif pembu.nuhan juga amat penting dalam kes yang bergantung kepada keterangan mengikut keadaan. 



Dalam kes ini Norazman Bashah bukanlah seorang suami yang baik serta mengakui pernah berlaku cu.rang terhadap Nur Syaleza. 


Kisah hubungan sulit Norazman bersama rakan sekerjanya itu diketahui isterinya selepas wanita terbabit berhubung dengan isterinya melalui Facebook menggunakan identiti berbeza. 


Menurut Norazman, ketika isterinya mengetahui tentang hubungan sulit tersebut, Nur Syaleza sedang mengandung 7 bulan anak lelaki mereka.


Selepas mendapat tahu, dia mula berubah sikap menjadi pendiam, suka menyendiri, sering bertengkar dan mangsa juga pernah mencederakan diri sendiri dengan melukakan tangan dan betisnya. 


Bagaimanapun, motif membu.nuh tidak dapat dibuktikan dalam kes ini dan tiada keterangan dikemukakan untuk membawa kepada m0tif yang memungkinkan untuk mensabitkan tertuduh. 


Pihak pendakwaan mendakwa hubungan sulit tertuduh dengan wanita bernama Haslinda itu adalah motif kepada pembu.nuhan Nur Syaleza. 



Sungguhpun kewujudan Haslinda dijadikan m0tif untuk membu.nuh, tetapi hubungan sulit itu telah lama berlaku iaitu sekitar tahun 2009 iaitu 2 tahun sebelum kejadian.


Tiada keterangan juga ditampilkan untuk menunjukkan tertuduh masih berhubung dengan Haslinda semasa kejadian. 


Oleh itu, ia gagal menjurus kepada m0tif pembu.nuhan disebabkan kewujudan Haslinda. 



Menyifatkan kes ini amat pilu dan menyedihkan, hakim mahkamah berkata kecu.rangan Norazman Bashah telah meruntuhkan kebahagiaan rumah tangga yang dibina pada 26 oktober 2008 atas dasar cinta dan perkara ini diakui oleh tertuduh sendiri. 


Hakim mahkamah berkata sepanjang perkahwinan dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Nur Syaleza tetap bersabar dan memendam perasaan malah membantu suaminya dalam kewangan berikutan pendapatan Norazman berjumlah RM3000 sebulan tidak mencukupi.


Nur Syaleza sanggup berkorban masa dan wang ringgit semata-mata demi kasihnya terhadap suami. 


Bagaimanapun kesabaran yang dipertahankan selama ini, kasih yang dipupuk, kesetiaan dan ketaatan yang dicurahkan wanita ini ibarat "Harap panas sampai ke petang tetapi hujan di tengah hari".


Dugaan mangsa sangat berat akibat cu.rang suaminya itu. Isteri mana yang tidak remuk hati dan perasaan akibat kecu.rangan suami dan faktor kemurungan ini adalah punca mangsa membu.nuh diri. 


"Apapun, nasi sudah jadi bubur, penyesalan oleh tertuduh jika ada tidak dapat kembalikan nyawa mangsa". 


"Tertuduh telah memusnahkan segalanya sehingga kesabaran isterinya tidak dapat dibendung sehingga membawa kepada kemurungan yang tidak boleh dibendung lagi". 


"Justeru itu, jalan pintas diambil dengan membu.nuh diri", kata Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman. 



Pihak polis juga gagal menyiasat kesan kehijauan dan kesan lebam yang timbul pada kaki mangsa. 


Peguam bela tertuduh berhujah, keterangan rakan sekerja mangsa dan ibu bapa mangsa mengesahkan yang mangsa memang ada mengalami kemurungan. 


Kemurungan yang dihadapi mangsa berkemungkinan menjadi punca sebenar mangsa menggantung diri. 


Mahkamah Tinggi kemudian membebaskan Norazman Bashah selepas mendapati kelemahan siasatan dan kegagalan pakar perubatan forensik mengesahkan sama ada Nur Syaleza dijerut sampai ma.ti atau menggantung diri. 



Bagaimana pun menurut fakta kes, Norazman adalah orang terakhir dilihat bersama Nur Syaleza. 


Fakta ini tidak mencukupi untuk mensabitkan tertuduh dengan pertuduhan membu.nuh tanpa keterangan kukuh.


Pasa Mac 2016, hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa tiada unsur jena.yah dilakukan tertuduh kepada mangsa. 


Panel hakim iaitu YAA Tengku Maimun, Zakaria Sam dan Kamardin Hashim mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi dengan melepaskan dan membebaskan Norazman Bashah. 


Ini kerana siasatan pakar patologi secara tidak konklusif menyatakan yang mangsa telah dijerut di leher dari arah belakang. 


Sebaliknya, pakar patologi menyatakan ada kemungkinan mangsa menggantung diri. 


Menurut pakar forensik ketiadaan kesan tapak kaki mangsa pada meja solek untuk menggantung diri bukanlah sebab mangsa dibu.nuh, tetapi sebaliknya mangsa berkemungkinan menggunakan kerusi kecil yang dijumpai patah di atas lantai. 


Kerusi kecil ini tidak disiasat pegawai forensik ketika berada di lokasi kejadian.



Panel 5 hakim yang diketuai oleh YAA Raus Sharif pada April 2017 telah memutuskan rayuan kes ditolak kerana notis rayuan tidak disampaikan kepada tertuduh. 



Pendakwa raya menegaskan ada unsur jena.yah dalam kes ini kerana Norazman mengambil masa lebih 1 jam sebelum membuat panggilan kecemasan. 



Hujahan pendakwa raya ini ditolak hakim mahkamah kerana tertuduh sebenarnya mengambil masa untuk selamatkan mangsa. 


Unsur jenayah yang dikemukakan oleh pendakwa raya tidak dapat dibuktikan dalam kes ini. 


Jadi Norazman Bashah tetap dibebaskan dan dilepaskan



Keterangan dari rakan-rakan mangsa dan juga ibu bapa mangsa yang mengatakan terdapat perubahan pada Nur Syaleza diterima dan dipersetujui oleh hakim mahkamah.


Mangsa berada dalam keadaan tidak ceria dan sugul ketika pulang ke kampung. 



Tujuan mangsa pulang ke kampung adalah untuk tenangkan fikiran.

Ini membuktikan mangsa memang berada dalam keadaan murung sebelum kejadian berlaku. 


Walaupun pendakwa raya pada awalnya dapat membuktikan adanya kes prima facie, tetapi disebabkan adanya keraguan yang munasabah dibuat oleh peguam bela, tertuduh tidak boleh disabitkan atas kesalahan membu.nuh. 



Untuk pengetahuan bagi membuktikan seseorang itu bersalah di dalam satu-satu kes pendakwa raya mestilah membuktikan suspek bersalah tanpa ada sebarang keraguan yang munasabah.

Post a Comment

0 Comments