Kisah 6 orang upah Bomoh RM 30 ribu untuk sihirkan Ustaz Kazim Elias | Baca (info santau)

 


Sebenarnya santau ni ada cara untuk mengelakkannya, sebab saya sebagai Ustaz pun ada pengalaman kena santau pada tahun 1997, apabila saya balik dari qiamullail/kuliah subuh sampai di rumah jam 9 lebih saya muntah, keluar darah penuh satu besen dan baldi. 


Doktor cakap jangkitan virus, takda sakit apa memang virus (bukan virus corona ni ye -- melawak Ustaz Kazim), masa tu takda lagi corona masa tu, seksanya saya bila balik rumah saja makin sakit tak boleh makan, tak boleh pakai baju, tak boleh disentuh badan rasa dihiris sembilu yang tajam/buloh yang tajam. 


Betapa sakitnya tekak saya tak boleh nak bercakap, setiap petang ada satu perempuan dia kata, dia sendiri datang depan rumah saya depan pintu dia cakap "padan muka engkau ceramah mengata pada orang, paaadannn muka kauu", orang lain tak nampak saya sorang je nampak. 


Kuku-kuku saya ni habis semua jadi hitam, nak tengok sihat daripada santau lihat kuku bahagian bawah dekat isi hitam ke putih kalau putih inshaAllah sihat ler tu. Kuku saya ni habis jadi hitam.


Apabila saya dibawa balik ke kampung datang la ustaz-ustaz, dia kata kena santau. Sebab tu tuan-tuan cara mudah nak tengok kena santau tengok pada kuku. Jari saya haritu sepuluh-sepuluh bahagian bawah dekat isi semua hitam itu tandanya kena santau.


Ada Ustaz, makcik ada satu hitam je ustaz kat kuku ( itu terkapit pintu makcik, bukan kena santau nampak beno nipunyer --- ustaz melawak ) 


Ya Allah tuan-tuan sebulan saya sakit, sebulan saya tak kenal orang badan saya jadi kurus kering, tiba-tiba datang satu mimpi dia kata ubat untuk sakit santau kau ada 7 jenis, esok kau cari 7 jenis ni. Pukul 4.30 pagi saya bangun saya kejut isteri saya 'mama tolong tulis jap 7 benda ni'. Pagi tu lepas subuh saya buat dan pukul 11 saya boleh bercakap boleh berdiri dan boleh dukung anak masa tu anak masih 8 bulan. 


Tak lama lepas tu tuan-tuan saya dah boleh ceramah, dan boleh makan nasi boleh pergi sana-sini semuanya boleh, pukul 6 petang saya makan nasi sebentar sebelum nak pergi kuliah maghrib bila saya dah makan dua suap dan nak suap yang ketiga ada ulat maknanya saya dah telan ulat dua kali suap. Lepas tu saya buang ulat tu ke lantai dia pun jadi nasi, bila saya pegang di tangan dia jadi ulat.


Allah tuan-tuan jadi sakit saya, ni paling dahsyat berpuluh-puluh ustaz pengamal perubatan datang dan last orang Indonesia satu kiyai/tuan guru datang (tuan-tuan tengok cerita hantu kak limah) macam tu la 'kalau enggak ada ilmu penuh di dada enggak sampei gunung everest' macam tu la kiyai tu datang, dia kata saya datang ke sini mahu ubatin bapanya Kazim. 


Kiyai ni solat, baca al quran dia mintak cangkul.. pukul 12.30 malam minta cangkul, then dia cangkul depan rumah saya dia korek, dia korek dia keluarkan bangkai anjing, ini sihirnya saya permisi dulu kata kiyai tu, saya tak kenal dia saya tak pernah jumpa dia sampai sekarang dia hilang macam tu. 


Allahuakbar tuan-tuan tahu dak bila saya nak pindah dari rumah saya, datang dua pasangan suami isteri, saya cakap masukler tapi sofa apa kerusi semua takda sebab saya dah pindah tinggal barang-barang lain yang ada yang belum pindah. 


Suami isteri tu pun kata takpa kami nak jumpa ustaz je, dia kata ustaz kami datang nak minta maaf, kenapa ya saya tanya? Mereka cakap kami yang sihir ustaz, saya jawab saya dah lama tahu huhuhu, mereka tanya lagi macam mana ustaz tahu. (Saya tak cerita pada mereka)


Tuan-tuan pada mimpi pertama saya bagitahu tadi, datang seorang ulama dia ambil paku dia lempar ke dinding keluar satu gambar perempuan dengan 5 lelaki. 

Kata ulama tu inilah orang yang sihirkan kamu. 


Saya tanya pada empat orang tadi mana lagi dua orang, mereka jawab ustaz tahu kami berenam, saya hanya jawab 'saya tahu'. 


Sorang laki badan sado, 'Ustaz kami minta maaf' saya tanya pada dia abang sihirkan saya dimana, dia kata satu bomoh upah rm30 ribu masa tu dia kata selesai kerjakan Ustaz Kazim masa tu. 


Abang tu cakap lagi kami datang nak minta maaf dunia akhirat, saya cakap abang tak datang minta maaf dah lama saya maafkan, yang lagi dua orang tak datang pun saya dah maafkan, apa lagi dia pelok saya sampai nak pecah tulang saya badan dia tegap, yang tak pelok saya (isteri dia) --- ustaz melawak.


Abang tu tanya ikhlas tak ustaz, saya jawab ikhlas, sebab Abang sihirkan saya saya dah belajar ilmu perubatan kalaula abang tak sihirkan saya saya tak buka pun kitab-kitab perubatan, terima kasih bang, tercengang dia.


Ada satu kisah saya nak pergi mengajar je pengsan, pengsan je mengajar, saya pergi jumpa satu guru di Baling Kedah, saya bertanya pada dia kenapa terus dia cakap saya bodo (hah sudah kena bodo saya). Tuan guru tu kata kamu tak ambik tahu sihir tu dihantar pada kamu sebab tak bagi kamu keluar sebab tu bila kamu keluar je pengsan, asal nak mengajar je pengsan. Tu sebab saya kata kamu bodo tadi, jin tu tahu kamu nak pergi mengajar lain kali kamu cakap pada dia kamu nak pergi main bola. 


Besoknya saya buat saya pakai serban pakai jubah, saya ajak PA saya ustaz jom main bola, dia pun jawab jom. Sampai balik saya tak pengsan sebab saya dah tipu jin tadi dia ingat saya main bola. 


Sebab tu akak-akak, kalau ada sakit-sakit macam ni, bila nak bukak kedai je malas, nak bukak kedai je ngantok, jangan cakap bukak kedai cakap nak pergi karaoke. Tak ngantokla even bukak kedai. Sebab jin ni dia patuh pada tuan dia kalau dia kata itu itulah, tu sebab ada bomoh ambik jagung rebus dan tanam belakang rumah cakap pada jin selagi tak tumbuh jagung ni kamu jangan balik, abis tu tunggu je jin tu bila nak tumbuhnya (macam mana nak tumbuh sebab dah rebus jagung tu)*ilmu.


Tuan-tuan ingat tak kisah Nabi Sulaiman duduk atas singgahsana dia suruh jin buat kerja, patuh je jin dengan Nabi Sulaiman, sampai bila-bila dia buat kerja sampai Nabi Sulaiman wafat pun jin tak tahu sehinggalah bangku Nabi Sulaiman yang pernah duduk tu pun patah sebab dimakan anai-anai masa tu barula jin perasan Nabi Sulaiman dah wafat.


Sebab tu tuan-tuan, saya cakap pada abang dan kakak tadi terima kasih syukur banyak-banyak, ikhlas saya sampai saya ajak abang tadi maila mengaji, dia duduk sebelah saya menadah kitab selalu, satu hari saya tanya pada abang tu malam esok free tak? Dia pun  jawab free, boleh ustaz, saya kata esok PA saya cuti kamu tolong bawa saya (naik mercedes). Lama-lama jadi driver saya. Daripada orang yang sihir saya sekarang dah jadi driver saya, inilah tuan-tuan sebab apa saya sabar, saya maafkan dia saya tak pendam sebab saya baca satu hadis nabi, nabi sebut "Sesiapa yang memafkan orang lain Allah akan beri kemuliaan pada dia" tu sebab tuan-tuan saya minta pada Allah muliakan saya sebab saya maafkan dia memang Allah bagi tuan-tuan. 


Tu sebab akak-akak kalau kita dapat ujian sabar, jangan marah Allah nak angkat darjat kita. Jangan mengamuk, jangan putus harapan Allah nak ganti benda lain lagi dahsyat dari itu. Tenang-tenang, senyum-senyum solat malam, minta kekuatan dan selepas itu tuan-tuan tunggulah apa Allah nak bagi pada tuan-tuan.


Banyaklah berselawat dan kita memohon supaya Allah angkatkan penyakit (covid-19) ni yang merungsingkan kita, moga kita semua terhindar penyakit ini. 


Wallahualam

Post a Comment

0 Comments