Kisah adik simen abang dalam tong air | tapi mengapa?


Pada 8 Mac 2020, ma.yat seorang lelaki dipercayai dibu.nuh adik lelakinya sendiri ditemui dalam tong air biru yang disi.men di tepi rumah mereka di Kampung Padang Hassan Kepala Batas Alor Setar.



Ma.yat Mohd Hasnul Nizar Khairul berusia 34 tahun ditemui dalam tong berkenaan pada jam 7 pagi. Itulah tindakan ke.jam seorang adik berusia 25 tahun yang berang hingga sanggu membu.nuh abang tirinya hanya kerana lelaki itu sering memakai baju dihadiahkan teman wanitanya.



Kejadian itu hanya terbongkar selepas suspek yang tidak sedap hati dan kemungkinan menyesal dengan perbuatan ke.jamnya itu memaklumkan tragedi berkenaan kepada seorang lagi abangnya yang kemudian membuat laporan polis.


Mengimbas kembali bagaimana tragedi ini boleh berlaku? 


Pada hari kejadian kira-kira jam 7 malam 6 Mac 2020 hari Jumaat mangsa dimarahi suspek kerana sering memakai baju dihadiahkan teman wanitanya.


Teguran terbabit mencetuskan pergaduhan sebelum mangsa dikatakan mengambil sebilah pisau di dapur dan menye.rang suspek. Ketika kejadian hanya mangsa dan suspek berada di rumah manakala ibu mereka ke Melaka kerana menziarahi seorang lagi anaknya. Dalam pergelutan itu, pi.sau yang digunakan untuk menye.rang suspek terkena leher mangsa hingga menyebabkan kema.tiannya.


Menyedari kema.tian mangsa, suspek bertindak membungkus ma.yat mangsa dengan menggunkan plastik dan memasukkannya ke dalam tong air di luar rumah. Keesokannya suspek membancuh simen dan mencurahkan ke dalam tong berisi ma.yat mangsa.


Namun pada awal pagi keesokannya, suspek dikatakan berasa menyesal sebelum memaklumkan perbuatannya kepada seorang lagi abangnya.



Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Sapii Ahmad berkata siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan baju yang diberi teman wanita adik lelakinya sering dipakai mangsa menyebabkan berlaku perselisihan faham dan pergaduhan di antara mereka.


Namun, siasatan lanjut masih dijalankan.


Susulan menerima laporan pembu.nuhan ini anggota polis menahan suspek di rumah itu sebelum menemui tong air berkenaan. Pihak polis merampas pelbagai barangan termasuk pi.sau dan kereta sorong yang digunakan dalam kes pembu.nuhan ini. Manakala tong yang mengandungi ma.yat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar untuk tindakan lanjut.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membu.nuh.


Untuk makluman, mangsa tidak bekerja, manakala suspek pula bekerja sebagai penjual ayam goreng.



Anggota bomba turut membantu khidmat khas mangsa bu.nuh ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah.


Penguasa Kanan Bomba I Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata operasi diketuai Pegawai Bomba Tinggi (PBT) Azrul Musa, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pokok Sena. Beliau berkata, operasi disertai lapan anggota daei BBP Pokok Sena sebaik menerima panggilan 8.32 pagi.


Anggota bomba tiba jam 8.50 pagi dan sebaik tiba di lokasi didapati terdapat kes bu.nuh seperti yang dilaporkan. 


Bagaimanapun diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, anggota bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan ma.yay mangsa.


Anggota bomba memotong tong bersimen itu menggunakan peralatan khas sebelum ma.yat berjaya dikeluarkan.



Operasi ini dilakukan dengan berhati-hati. 


Dalam pada itu, penduduk Kampung Padang Hassan, Kepala Batas Alor Setar mengakui terkejut dengan penemuan ma.yat mangsa malah tidak menyangka ia akan berlaku di kampung mereka.



Penduduk yang enggan dikenali berkata, mereka jarang bertemu dengan mangsa tetapi kerap bertemu suspek.



Dan dikatakan suspek memang dikenali oleh penduduk kampung sebagai seorang yang peramah. Manakala menurut seorang adik suspek mengatakan dia amat terkejut dan tidak menyangka abangnya menjadi pembu.nuh kerana dia seorang yang baik dan berpendidikan agama. 



Menurutnya, ketika kejadian hanya mereka berdua tinggal di rumah itu kerana ibu mereka Jah Chik berusia 50 tahun dan seorang lagi adik mereka ke Melaka kerana mempunyai urusan.


Katanya juga, abangnya iaitu mangsa (si ma.ti) sebelum ini pernah menjalani pemulihan akibat da.da. Mangsa adalah abang seibu dengan mereka tetapi berlainan bapa manakala suspek pula adalah abang kandungnya.


Merek selalu bertengkar tetapi biasanya mangsa yang mulakan dulu. 



Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Padang Hassan Rahanah Ismail berkata, dia mengenali suspek seorang yang sangat baik tetapi tidak sangka kejadian itu berlaku.



Dalam pada itu, suspek direman tujuh hari untuk membantu siasatan, Pendaftar Mahkamah Majistret Alor Star, Rashidah Azmi membenarkan tempoh reman bermula 9 mac hingga 15 mac 2020 terhadap suspek. 


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata setakat ini punca kema.tian mangsa dipercayai akibat kesan hirisan pada leher mangsa.


Beliau berkata suspek kini ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk membantu siasatan.


Jadi apakah motif sebenar pembunuhan ini? 



Suspek dipercayai sayang baju berkolar yang dipakai si  ma.ti kerana ia pemberian istimewa teman wanitanya. Sumber berkata, siasatan awal mendapati si ma.ti sering memakai baju itu yang menjadi penyebab berlaku pertengkaran antara mereka.


Difahamkan selepas kejadian suspek dikatakan menanggalkan baju yang dipakai si ma.ti dan mencucinya sebelum menggantung di dalam rumah berkenaan kerana terlalu sayangkan baju itu yang dianggap istimewa baginya. 


Bagaimanapun, baju itu antara barangan yang dirampas untuk membantu siasatan.



Tertuduh Mohamad Zamhuri Azami 25, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor.


Mengikut kertas pertuduhan, Mohamad Zamhuri dituduh membu.nuh abang tirinya, Mohd Hasnul Nizar Khairul Anuar di sebuah rumah di Kampung Padang Hassan sekitar jam 6 hingga 8 malam pada 6 mac 2020. 


Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan, Siti Norhidayah kemudiannya menetapkan 22 jun 2020 sebagai sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan bedah siasat diperolehi.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Syifa Mohd Hamzah, sehingga kini kes ini masih dibicarakan dan masih lagi berlangsung.
















Kesimpulannya, orang kata kesabaran itu ada hadnya kemarahan itu ada kemuncaknya, kadang-kadang jangan disangka air yang tenang tiada buaya dan selalulah mengingati Allah supaya syaitan tidak menguasai diri kita. Alfatihah.

Post a Comment

0 Comments