Kisah misteri 3 beradik ditemui mati, hukuman tidak setimpal terhadap suspek!

 


Ma.yat tiga beradik itu telah ditemui pihak polis dalam keadaan trag1s. Pada mulanya ma.yat Noor Syafikah Nadia (kakak sulong) (14tahun) ditemui terlebih dahulu sebelum menjumpai kedua adiknya selepas itu. 


Ma.yat Noor Syafikah 14 itu ditemui di kawasan sawah Alor Senibong pada jam 3.45 petang pada 30 november 2013, manakala ma.yat dua adiknya Nur Izzati Husna 12, dan Puteri Nurul Akma 3, ditemui di gigi air sungai di Kampung Padang Tani Langgar pada pukul 4.15 petang. 


Ma.yat dua beradik itu ditemui kira-kira 3.5 kilometer dari tempat ma.yat kakak mereka ditemui pada 1 Disember 2013. 


Kejadian


Ketiga-tiga beradik itu dikatakan keluar rumah pada jam 7.30 malam 29 november 2013 dengan menaiki motosikal jenis Honda Wave milik ayah mereka. 


Noor Syafikah keluar membawa adik-adiknya bersama untuk ke rumah kawannya yang terletak kira-kira 6 kilometer dari kampung mereka.


Noor Syafika berhajat ingin menuntut wang daripada kawannya kerana telah habiskan kerja mencuci botol-botol, dia yang telah berhenti daripada sekolah pada tahun 2012 kerana ingin membantu ibu bapanya untuk menyara keluarga.


Apabila mereka tidak pulang ke rumah sehingga lewat malam, ibu kepada 3 beranak Siti Aishah Arifin 41, pergi membuat laporan polis di Balai Polis Langgar pada jam 2 pagi.


Namun, pada hari itu pihak polis telah menjumpai ma.yat pertama pada jam 3.45 petang dalam keadaan tra.gis.


Ibu (Siti Aishah Arifin) berkata anak-anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda sebelum mereka meninggal dunia. 


Malahan anak sulongnya itu sempat meminta kebenaran untuk keluar daripada ayahnya, sikecil Puteri Nurul Akma juga turut mengikut kakak-kakaknya.


Pada 1 Disember 2013 jenazah Noor Syafikah Nadia selamat dikebu.mikan di tanah perkuburan Islam Kampung Semela setelah jenazahnya dituntut oleh kedua ibu bapanya di Hospital Sultanah Bahiyah.


Selang 7 hari pada 8 Disember 2013, jenazah Nurul Izzati Husna dan Puteri Nurul Akma dikebu.mikan dalam satu liang lahad bersebelahan pusara kakak mereka. 


Di tempat kejadian


Hasil be.dah siasat mendapati terdapat kesan calar di belakang badan Noor Syafikah Nadia, dan punca kema.tiannya kerana lemas.


Manakala ma.yat dua beradik lagi dijumpai di gigi sungai yang jarak 200 meter antara satu sama lain.


Lebih menghairankan polis telah menjumpai motosikal yang dinaiki mereka di hentian bas kira-kira terletak 1km dari rumah mereka dalam keadaan baik serta kunci di motor. 


Suspek


Akhirnya dua suspek berjaya diberkas polis pada 15 Januari 2014 pada hari rabu, masing-masing berusia 18 dan 19 tahun di kediaman rumah mereka di jalan Datuk Kumbar antara jam 5.30 petang 11 malam.


Seorang daripada suspek mempunyai rekod jena.yah pecah rumah dan da.dah. 


Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah ACP Mohd Nashir berkata pihak polis telah mendapat perintah tahanan reman suspek bermula 16 januari 2014 sehingga 22 januari 2014 untuk siasatan lanjut bersabit kes ini.


Pada mulanya kes disiasat di bawah Seksyen 302 kanun keseksaan kerana membu.nuh. 


Sehari sebelum suspek ditahan, ayah Noor Syafika telah bermimipi dan telah kedatangan anaknya sulong itu, berkata kalau nak selesaikan kes kakak adik-adik ayah cari orang ini.


Dengan itu ayah mangsa terus membuat laporan polis mengenai hal itu. 


Menurut ayahnya, beliau tidak mahu mendedahkan nama siapa yang diceritakan anaknya, akan tetapi beliau dan keluarga sentiasa meminta petunjuk dari Allah dan solat hajat untuk mencari pelaku.


Bila ditanya mengenai suspek ayahnya langsung tidak kenal sama sekali dua suspek itu. 


Sementara itu bapa saudara mangsa Mazlan Arifin berkata dia kenal suspek itu kerana tinggal tidak jauh dari situ.


Bukti kes


Dalam sementara itu, polis kedah berkata terdapat bukti fizikal yang ditemui di tempat kejadian, dan polis telah membawa suspek ke tempat kejadian untuk menunjukkan kejadian. Namun pihak polis tidak mendedahkan bukti itu kerana tidak mahu menjejaskan proses siasatan.


Motif


Pihak polis berkata ketiga-tiga mangsa dibawa ke rumah kosong di Kampung Gelam, salah seorang dari suspek cuba mero.gol mangsa (kakak sulong) namun gagal. 


Dan selepas itu, suspek membawa ketiga2 mangsa ke sawah padi, dan salah seorang suspek cuba mero.gol mangsa sekali lagi, mangsa cuba melarikan diri namun suspek menekap muka mangsa ke dalam lumpur. Manakala kedua adiknya ditolak ke dalam sungai. 


Pendakwaan Mahkamah 


Pendakwaan hanya dilakukan terhadap Mohd Firdaus Mohd Faridul 19, manakala seorang lagi tidak terbukti bersalah secara langsung.


Tertuduh didakwa kerana membu.nuh salah seorang tiga beradik itu kerana menekap muka ke dalam lumpur, pembacaan itu dibacakan di hadapan majisterit Mohd Khairul Mohd Hafizuddin Ramli.


Selepas perbicaraan selama dua tahun, suspek dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun oleh Mahkamah Tinggi dan terlepas hukuman ma.ti kerana telah mengaku bersalah.


Pesuruhjaya kehakiman Dr Choo Ka Sing menjatuhkan hukuman itu kepada Mohd Firdaus setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan menyebabkan kema.tian mengikut seksyen 304 (a) yang membawa hukuman penjara 30 tahun.


Dengan pertuduhan tersebut, Mohd Firdaus terselamat daripada hukuman gantung sampai ma.ti. 


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib sementara tertuduh diwakili peguam Burhanudeen Abdul Wahid.


Ketika mengemukakan rayuan terhadap tertuduh, peguam merayu agar tertuduh dikurang kan hukuman kerana usianya masih muda selain dia telah insaf. 


Tambahan lagi tertuduh merupakan anak sulong dari 5 beradik dan merupakan harapan keluarga.


Timbalan pendakwa sempat mengemukakan supaya tertuduh dikenakan hukuman setimpal kerana telah mera.gut nyawa dan supaya memberikan pengajaran kepada orang ramai.


Mengikut fakta kes pakar perunding Forensik Hospital Sultanah Bahiyah mangsa meninggal kerana lemas akibat rongga mulut, saluran pernafasan dan rongga perut dipenuhi lumpur cair. Badan mangsa juga terdapat kesan lebam dan calar kerana dipu.kul dengan objek tumpul.


Dua kema.tian adiknya tidak dapat dibuktikan kerana tiada kesan yang meragukan oleh pihak forensik, mungkin akibat terjatuh ke dalam sungai.


Seorang ibu kehilangan 3 orang anaknya, manakala si pelaku hanya dihukum penjara 18 tahun sahaja, sungguh dimana otakmu wahai manusia. 


Ketika engkau habiskan 3 nyawa yang tidak berdosa demi memenuhi nafsu ja.hatmu.


Kita doakan ibu kepada mangsa diberi kekuatan dan tabah menghadapinya. 


Alfatihah

Post a Comment

0 Comments