Kisah "Pak Sabu" bekas Unit Tindakan Khas seorang wira negara | 'saya gian nak bunuh penjenayah

 



Pada 1 haribulan 12 1972, Pak Sabu atau dikenali sebagai hanya panggilan "Sabu" ditukarkan ke cawangan lalulintas Jalan Bandar Kuala Lumpur.




Beliau berkhidmat di situ dari tahun 1972 sehingga 1976 bulan 6, pada awalnya Sabu lebih memilih duduk dalam unit slow and steady, ada juga yang bertanya tak nak masuk ke UTK (Unit Tindakan Khas)? 


Beliau menjawab tak mahula sebab Sabu ni seorang yang cepat panas, memang kalau dapat penje.nayah hentak je terus, tapi dalam hati Sabu mengatakan apa salah aku cuba. Dari situlah bermula kisah Sabu join UTK.


Masa di Unit Lalulintas, Sabu telah dipanggil untuk berjumpa dengan Tuan Osman Awal sebab masa tu beliau telah memu.kul seorang pengadu. 



Dari situ, Tuan Osman telah menarik beliau ke jena.yah berat sebab Sabu ni jiwanya lain, kalau bab fighter beliau akan ke hadapan dalam masa sama beliau suka akan cabaran.


Sabu telah terpilih untuk masuk ke Unit Tindakan Khas dan Tan Sri Zaman Khan sebagai Pengarah UTK pada masa itu telah menghantar Sabu buat latihan asas UTK. 



Kata Sabu lagi, tiap-tiap manusia ada perasaan takut, kalau kita dari pejabat nak pergi jalankan satu operasi belum bergerak lagi 'kencing dah tak betul dah', peluh pun keluar tak macam peluh jantan belum pergi lagi baru sesi taklimat katanya. 


Pada sesi taklimat itula, perasaan goyang kegoncangan dada tu hanya Allah yang tahu sebab ketua bagitahu penje.nayah ni ada b0m tangan, ada sen.jata, kebanyakannya penje.nayah yang jenis "berotak" (pakai akal). Sabu juga mengatakan walaupun hati dah kering tetap juga ada perasaan gementar tu usahla temberang katanya. 




Tetapi dengan tekad dan semangat itu, walaupun kita tak dapat penje.nayah kita tetap nak balik di situ langkah demi langkah dalam setiap operasi penuh dengan hati-hati. Perasaan takut-takut tadi semua hilang. 


Sabu mengatakan lagi apabila dah siap wear protection dan alat-alat keselamatan pada diri, arahan terus menaiki van, dalam fikiran tak fikir lain dah hanya fikir penje.nayah, bila dapat je sasaran dengan lafaz Bismillah keluar das pertama, tak ma.ti 'pang' sekali lagi sebab jika dapat arahan terus tem.bak memang ma.tilah kau penje.nayah.


Kata Sabu setiap tindak tanduk dalam operasi gerakan kita mesti atas daripada planning penje.nayah, mesti cepat tangkas bu.nuh. 




Ujar Sabu lagi sebagai Bumiputera memang terbaik la memilih bidang kerjaya sebagai anggota polis kerana banyak faedah seperti menjaga negara, tanah, berbanding dahulu juga atas kelangsungan hidup memilih menjadi anggota polis baru senang nak bagi keluarga anak isteri makan.


Kata Sabu dahulu nak masuk polis dengan pendidikan apa yang ada saja, senang masuk tapi susah nak berhenti sebab kalau berhenti macam mana nak makan berbanding sekarang dah masuk anggota polis tiba-tiba tak jadi anggota faham-faham la katanya sebab berbangga dengan kelulusan yang ada walaupun tak ada kerja.




Tambahnya lagi, setiap gerakan dalam operasi keselamatan diri dulu diutamakan, kedua orang awam jika diri pun tak selamat bagaimana nak selamatkan orang awam jangan tiba-tiba kepala 'hang' dah tak tahu nak buat apa 'kita tak selamat, penjenayah yang selamat' dan perlu berdisiplin bila dah kata 'A' tiba-tiba pergi tukar 'B' eh tak jadi tukar 'C' jangan, katanya lagi.



Sarjan (B) Nazaruddin Mohd Zain atau Sabu menyertai PDRM pada tahun 1965 sebelum bersara pada tahun 1996. 


Keberanian luar biasa anggota Unit Tindakan Khas (UTK) ini membolehkan beliau dianugerahkan pingat keberanian kedua tertinggi negara, Panglima Gagah Berani (PGB). 


Tahun ini sudah menjangkau 76 tahun dan masih sihat.


Ada satu kisah dimana Sabu sedang membuat satu operasi dan beliau ditem.bak oleh penje.nayah dan kena pada tengkuknya tapi nasib menyebelahi Allah tak ma.tikan Sabu dan sempat masuk hospital 3 hari kemudian discaj. 




Sabu berada dalam unit UTK dan jenayah berat selama 20 tahun, dalam seminggu mesti ada operasi, jika dikumpul banyak penje.nayah tegar yang ma.ti di tangan Sabu.



Sabu mengatakan kalau "kami keluar dari ofis tak lain tak bukan ma.tila penje.nayah tu".


"Apabila jumpa penje.nayah hilang rasa gegar tu, kita tak gegar kita gegar dia pulak mesti gegar giler masa tu".


Petua tempur dengan penjenayah


Tak ada apa nak diperkatakan Sabu, cuma dengan lafaz Bismillah 'boom' 'boom' dua tiga kali habis ma.ti penje.nayah. 


Insiden Penculikan Penjara Pudu 1986 


Suatu hari selepas Sabu mesyuarat beliau terus ke Penjara Pudu dan tiba di sana melakukan survey di keseluruhan kawasan penjara. 




Ketika itu Tan Sri Zaman Khan sebagai Pengarah UTK mengarahkan Sabu untuk standby di Penjara Pudu, tiba jam 6 petang dapat satu arahan untuk 'Assault' bangunan penjara (klinik/hospital) di dalam tu. 




Terdapat 6 orang penje.nayah di dalam tu Jimmy Chua dan rakan-rakannya, 



Mereka telah menawan seorang Health Assitant (HA) di dalam hospital tersebut, 


Sabu sempat bertanya pada pihak atasan nak tangkap atau bu.nuh, Komander selepas itu memberi arahan 'kita tak boleh bunuh sebab mereka pakai senjata pisau je'.



Ketika itu Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri mengarahkan untuk memakai rotan sahaja untuk memu.kul mereka.


Sebelum Assault


Semasa pemantauan dan berada dalam Penjara Pudu itu, Sabu dan rakan-rakan menjalani latihan juga sebelum pecah masuk dalam hospital berkenaan.


Sabu dan rakan-rakan sempat menghadiri taklimat dan latihan di Bukit Aman sebelum itu dan wajib menjalani latihan sekali lagi di penjara sebelum assault ke dalam hospital.


Mereka sempat makan apa yang ada jika tak ada makanan terpaksa berpuasa lah. 




Tepat jam 6.40 petang (waktu dinantikan) 



Keadaan lampu ketika itu tak berapa terang, memang malap, nak serang penje.nayah dalam tu kelam kabut juga kata Sabu, penje.nayah ada 6 orang kami ada 8 orang. 




Kita hanya pakai rotan je, arahan Tun Mahathir mesti pakai rotan je tak boleh tem.bak dan apa-apakan. 


Bagaimana UTK boleh masuk dan serang? 




Masa pengintipan tu, salah seorang daripada 6 penje.nayah dah berpaling tadah pada ketuanya (Jimmy Chua), dia yang telah membuka pintu penjara tu sebab dia dah tak larat tu sebab dia berpaling tadah. 




Apabila seorang banduan dah buka pintu Sabu orang yang pertama masuk dalam tengok-tengok lima penjenayah dah tunggu kita, kita pun bergelut la, dorang pun pandai dah letak katil meja, kita nak masuk pun ada gangguan kata Sabu.


Banduan lima orang tu yang kita tahu ada satu senjata besi, masa dalam penjara mereka dah buat satu pisau dibuat daripada plat besi tapak kasut, mana dia dapat kasut tu kami pun tak tahu, kata Sabu lagi.


UTK bergelut dengan 5 penjenayah itu tanpa kecederaan dan  penje.nayah yang mengalami kecederaan. 



Itu antara kes yang sempat dicerita Sabu yang lain kena tem.bak dah, jatuh 4 tingkat dah dan ada je orang bertanya khabar, cuma tu je la, memang terkilan gila kata Sabu.


Semasa menemubual Sabu hampir menjatuhkan air mata, dengan duduk rumah sekangkang kera (Flat PPR) sahaja sekarang hanya mengimbau kembali, bila saat diperlukan dorang panggil kita datang, sekarang dah senja orang tengok kita pun dah taknak, ujarnya.


Kata Sabu lagi, "Beliau berkhidmat umpama ahli sukan boleh harumkan nama negara tapi ahli sukan tak libatkan nyawa, tapi kami....." 


Ujarnya lagi "saya tak menyesal masuk polis, saya dah pencen bagi saya dah cukup berjaya". Sabu menangis juga akhirnya.





Post a Comment

0 Comments