Kisah pembunuh4n Timbalan Ketua Pengarah Kastam yang dit3mbak di lampu isyarat | Baca

 




Datuk Shaharuddin Ibrahim berasal dari Rantau, Negeri Sembilan. Beliau memulakan kerjayanya sebagai penguasa Kastam di Pahang dan memiliki pengalaman luas dalam bidang pentadbiran perkastaman dan cukai dalam negeri.


Beliau pernah berkhidmat di ibu pejabat Kastam di bahagian pematuhan dan khidmat pengurusan manusia sebelum dinaikkan pangkat menjadi Pengarah Kastam Kelantan.



Kemudian Datuk Shaharuddin Ibrahim dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri mulai 18 Ogos 2011. Beliau menggantikan Datuk Ismail yang bersara wajib.


Majlis serahan tugas disaksikan oleh Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah Penguatkuasaan dan Pematuhan Datuk Matrang Suhaili dan Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan, Datuk Khazali Ahmad.


Beliau sudah berkhidmat selama 30 tahun bersama Kastam dan diberikan jolokan "Mr Clean", Shaharuddin yang mengetuai bahagian Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri hanya tinggal setahun untuk bersara sebelum ditem.bak ma.ti.




Shaharuddin ma.ti ditem.bak dua lelaki bermotosikal semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya, ketika kereta yang dinaikinya berhenti di persimpangan lampu isyarat dari Lebuh Sentosa ke Lebuh Wawasan kira-kira 8.15 pagi, pada 26 April 2013.


Mangsa yang duduk di sebelah pemandu kenderaan pacuan empat roda ditem.bak tiga das dari jarak dekat oleh seorang daripada dua lelaki menaiki motosikal.




Tem.bakan kena tepat pada lehernya. Beliau dikatakan dari arah rumahnya di Dengkil menuju ke pejabatnya di Putrajaya. Beliau dikejarkan ke Hospital Putrajaya dan mendapat rawatan rapi tapi disahkan meninggal dunia pada jam 9.20 pagi.



Seorang penguatkuasa kanan Kastam tidak menolak kemungkinan pembu.nuhan itu adalah akibat sindiket jena.yah penyeludupan yang tidak berpuas hati dengan mangsa berikutan skop kerja Shaharuddin berkaitan dengan bidang import dan eksport.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin memaklumkan bahawa 35 individu termasuk orang awam telah diambil keterangan bagi membantu siasatan. 



Rakaman kamera litar tertutup serta maklumat awam turut diambil bagi menyelesaikan kes ini. 



Pada Rabu 2 Julai 2014, suspek utama kes pembu.nuhan itu berjaya diberkas polis di sebuah rumah di Ampang Selangor. Polis turut menahan tiga lagi  rakan suspek dalam serbuan lain di Batu Caves Selangor, dan kesemua suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya serta ditahan reman selama seminggu untuk siasatan lanjut.


Ahli kongsi gelap ini aktif melakukan pelbagai kegiatan jena.yah seperti penyeludupan, pengedaran da.dah serta cu.ri kontena. Saki-baki suspek pembu.nuhan tersebut kini dipercayai masih berada di sekitar Lembah Klang dan polis sedang memburu mereka.




Pada 2013, anak Shaharuddin mendedahkan pembu.nuhan bapanya mempunyai kaitan dengan sindiket penyeludupan kereta berpangkalan di pulau bebas cukai Langkawi.


Walaupun bapanya merupakan pegawai tinggi kerajaan yang banyak menyumbang kepada negara tetapi hampir setahun pembu.nuhan Shaharuddin masih belum ada pihak yang dibawa ke muka pengadilan.


Mengikut kata Mohd Akhtar pembu.nuhan bapanya dirancang, malah beliau sendiri yakin dalang pembu.nuhan bapanya adalah dari Jabatan Kastam Sendiri.


Dia amat pasti hal itu biarpun polis menafikannya.



Sebagai bukti, bapanya pernah menceritakan kekecewaan beliau terhadap penyelewengan kuasa pegawai kastam yang terlibat dalam rasuah ini berkaitan dengan sindiket penyeludupan ini.


Tidak lama selepas membuat aduan itu, Datuk Shaharuddin pernah menerima surat pertukaran kerja, surat itu bagaimanapun ditarik balik apabila Kesatuan Kastam campurtangan dan berjuang mempertahankan hak bapanya. 


Sebulan selepas itu, Shaharuddin ditem.bak, yang lebih menyedihkan Akhtar, empat bulan selepas bapanya ditem.bak ma.ti tiada sesiapa didakwa kerana membu.nuh.


Akhtar juga mengatakan bapanya pernah menerima panggilan daripada pemberita bertanya tentang sindiket penyeludupan kereta di Langkawi, 



Beberapa minggu sebelum ditem.bak ma.ti, orang nombor tiga dalam Kastam itu ke Langkawi untuk menyiasat. Beliau merupakan seorang yang tegas dan tidak pernah menceritakan apa-apa masalah tentang kerja kepada keluarganya. 


Akan tetapi beliau tidak pasti sama ada bapanya sempat bercakap dengan pemberita itu selepas pulang dari Langkawi. Akhtar juga, mendedahkan bapanya menerima banyak ugutan termasuk peluru dihantar ke rumah mereka. Menurut Akhtar, layanan diberikan polis terhadap kes bapanya dianggap tidak adil.


Bapanya seorang berdedikasi dan pegawai jujur tidak pernah mengambil kesempatan terhapada kelebihan dimiliki walaupun dia boleh berbuat demikian.



Walaubagaimanapun, Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah dilapor menafikan kaitan pembu.nuhan Shaharuddin dengan sindiket penyeludupan kereta di Langkawi. Ia merupakan spekulasi semata-mata. 


Itulah kata-kata daripada Datuk Ku Chin Wah. Laporan sebelum ini mengatakan polis sudah menyiasat 35 orang untuk kes ini termasuk pegawai-pegawai Kastam dan menahan dua orang untuk siasatan lanjut.


Seorang daripadanya merupakan ahli perniagaan dan seorang lagi merupakan pengedar alat ganti, kedua-duanya kemudian dibebaskan dengan jaminan.


Ku yang dihubungi semula berhubung pendedahan terbaru ini mengatakan, "Kami masih menyiasat".


Kes tem.bak itu berlaku tidak lama sebelum pilihan raya umum ke-13. Kes itu mengejutkan kerana ianya melibatkan pegawai tinggi kerajaan.


Selepas kes Shaharuddin, 35 kes tem.bakan berlaku di seluruh negara yang melibatkan 22 kema.tian.


Apakah perkembangan kes ini? 


Ianya sepi tiada berita lagi...




Pada 29 April 2013, Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak mengumumkan Allahyarham dinaikkan gred daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) B kepada JUSA A. Ini bererti faedah dan pencen tahunan yang akan diterima balu Allahyarham juga akan bertambah. Anugerah ini sebagai pengiktirafan kerajaan untuk pengorbanan mutlak dilakukan Allahyarham sebagai seorang pegawai tinggi kerajaan yang gigih serta berdedikasi dalam menjalankan tugas demi negara.


Tahukah anda, sebenarnya kes ini bukanlah kes pertama yang berlaku banyak pegawai-pegawai kastam yang jujur dan amanah menjadi mangsa yang melakukan jenayah di Malaysia. 



Masih ingatkah anda, salah satunya kes pembu.nuhan pegawai kastam Pn Anisah Ali, 54 tahun seorang pegawai kanan Kastam, ma.ti dibu.nuh selepas kenderaan yang dinaiki bersama dua rakannya dirempuh tonto di Kampung Banggol Chica, Pasir Mas pada 7 Oktober 2016. 


Laporan awal mengatakan mangsa bersama dua rakan sekerja lelaki sedang bertugas cuba menahan sebuah kenderaan lain dipercayai van yang membawa rokok seludup dan pada masa yang sama, sebuah kenderaan dinaiki tonto bertindak menghimpit dan merempuh belakang kenderaan mereka yang menyebabkan terbabas dan melanggar pokok dalam kejadian pukul 1.20 pagi. 


Kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan lima tangkapan dibuat namun kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan kerana kekurangan bukti.


Agak pelik apabila suspek utama, dikenali sebagai Mat Yeh menyerah diri pada 2 November 2016 namun dibebaskan pada 15 November 2016 selepas 13 hari dalam tahanan. Kes ini juga sepi tanpa berita. 



Daripada Allah kita datang, kepada Allah kita kembali  kita mendoakan supaya Allah mengampunkan segala dosa mereka, moga asbab kebaikan mereka ini mereka ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang memasuki syurga Allah. Sungguh jasa mereka terlalu besar. Kepada petugas yang lain kami rakyat Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kerana terus menjaga keamanan negara dan ingat "RASUAH ITU HARAM"

Post a Comment

0 Comments