Kisah penggali kubur | orang tak solat jenazahnya macam angkat 10 orang

 


Seorang pakcik bernama Haji Mahmod bin Ahmad dan bergelar Haji Mahmod, berasal dari Kangkar Pulai. Beliau start kerja tahun 2003 dah dekat 18 tahun dari pagi sudah ada di kubur. Beliau ini bekerja sebagai penggali kubur.


Bagi siapa yang tak tahu beliau bekerja di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai Johor Bahru Johor. Pada asalnya kubur ini ada penggali kubur tersendiri selepas orang tu buat sekadar part-time jadi beliau tawarkan diri la untuk jadi penggali kubur di sini. 


Bagi beliau dia rasa bangga bekerja di situ sebab perlukan ilmu juga untuk urus kubur dan bangga membantu orang yang memerlukan kubur. Mana yang perlukan kubur dia akan tolong.


Pengalaman semasa di kubur banyak yang pelik-pelik cumanya bagi dia sesuai tak sesuai la nak bercerita. Sebab aib orang. Bagi beliau boleh bercerita tapi kena selindung nama jenazah tu. 



Bermula Haji Mahmod ni bercerita

Ada jenazah ni dia tak nak sembahyang bila suruh sembahyang kata dia saya sibuk saya banyak kerja tunggula saya pencen nanti. Apabila dia pencen dia terus sakit dia dapat kanser, bila sakit ni saya cakapla pada dia sembahyang la jadi jawapan orang tu macam mana saya nak sembahyang sebab saya sakit sampaila dia meninggal dunia. 


Jadi masa saya uruskan jenazah dia tu saya rasa sedih sangat, keadaan dia masa saya angkat tu ramai orang angkat jenazah tu dekat 10 orang, tapi saya tetap rasa macam saya angkat sorang-sorang jenazah tu. 


Bagi saya masa hidup ni rajin-rajin ziarah kubur tak kesah ada family ke takda ziarah je, sebab bila kita tengok kubur ni akan ingatkan kita pada kematian. Jadi automatik akan dekatkan kita pada tuhan. 


Yang penting dalam dunia ni kita kena jaga larangan la, kalau ada suruhan Allah kita kena ikut pastu jadi anak jadi anak yang soleh sebab esok apabila kita meninggal cuma 3 perkara je akan menolong kita 1) amal jariah 2) ilmu yang bermanfaat 3) anak soleh yang mendoakan .


Jadi nasihat saya kena taatla perintah Allah.

Post a Comment

0 Comments