Maut terkena besi rasuk pada muka ketika buka tayar kren

 


Seorang pekerja pusat servis tayar maut apabila rasuk (beam) tayar itu terpelanting dan mengenai mukanya ketika hendak menukar tayar.


Kejadian itu berlaku di Kawasan Perusahaan Menglembu Ipoh dimana sebuah kren mahu menukar tayar di kedai itu.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata K Kumaresa 60, disahkan meninggal di tempat kejadian.


Rasuk (beam) itu terpelanting selepas tayar kren itu meletup dan menyebabkan rasuk itu terpelanting ke sisi dan mengenai mukanya.




Semasa ambulans dan paramedik datang terdapat kesan pecah di bahagian muka dan berlumuran darah.


Pemandu kren turut berada di situ dan terkejut melihat kemalangan itu berlaku di hadapan matanya.


Saksi kejadian itu memaklumkan mangsa terkena rasuk itu pada penukaran tayar yang terakhir dan dikejutkan bunyi letupan dari tayar.



Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk bedah siasat  dan kes disiasat sebagai mati mengejut (SDR) kemalangan semasa bekerja.


Dikatakan terdapat cebisan otak mangsa terkeluar daripada kepalanya selain mengakibatkan saksi mengalami sakit pendengaran.

Post a Comment

0 Comments