Seorang Ketua Polis Perak ditem.bak ma.ti yang ramai tak ketahui | Baca

 


Pada waktu tengahari 13 November 1975 bersamaan hari Khamis, beliau telah meninggalkan pejabatnya si Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Kontinjen Perak.


Beliau bersama dengan pemandu peribadinya, seorang pengiring Sarjan Yeung Peng Chong, di dalam perjalanan ke rumah beliau di Jalan Tawar Off Jalan Tambun Ipoh untuk makan tengahari.




Menuju ke rumah beliau, pemandu beliau telah melalui jalan Kelab yang sekarang dikenali sebagai Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab dan Jalan Anderson. Sampai di jalan Ashby terdapat satu persimpangan lampu isyarat disitulah kereta beliau berhenti menunggu isyarat hijau. 


Ketika itu jam ditangan menunjukkan tepat pukul 1.00 tengahari. Ketika itulah malang tidak berbau apabila sebuah motosikal yang ditunggangi 2 orang pemuda berbangsa cina berhenti disebelah kereta beliau.



Dua pemuda ini pada mulanya tidak nampak mencurigakan kerana mereka berpakaian seperti pelajar sekolah dan bertopi keledar. Namun tiada siapa menduga, salah seorang daripada mereka telah mengeluarkan pist0l dan menem.bak bertalu-talu ke arah cermin kereta jenis Volvo 244 yang dinaiki Tan Sri Koo Chong Kong.



Pemandu peribadinya segera memberhentikan kenderaan dalam keadaan yang huru hara selepas ditem.bak Sarjan Yeung Peng Chong telah keluar dari kenderaan dalam keadaan berlumuran darah dan terus membalas temba.kan itu. 


Tidak lama selepas itu, beliau rebah disisi kereta dan meninggal dunia di tempat kejadian. Dengan bersen.jatakan pist0l, serangan nekad disasarkan kepada Tan Sri Koo Chong Kong yang duduk di belakang sebelah kiri pemandu membuatkan beliau tidak bergerak.



Tiga butir peluru mengenai bahagian kepala dan satu butir mengenai lengan kiri beliau, beliau telah dikejarkan ke Hospital Besar Ipoh yang terletak hanya 100 meter oleh seorang pegawai polis yang kebetulan lalu berhampiran tempat kejadian.



Tiba di hospital, doktor sedaya upaya menyelamatkan beliau namun kecederaan yang dialami beliau amat parah dan serius. Setelah hampir 28 jam bertarung nya.wa akhirnya pada 14 November 1975 jam 4.41 petang beliau disahkan meningg4l dunia.



Mengikut siasatan pihak polis, mereka percaya yang penyerang turut mengalami kecederaan di muka, hal ini dipercayai bingkai cermin mata asing yang dijumpai di tempat kejadian terdapat kesan darah. Ejen k0munis berusaha untuk membu.nuh pemimpin tertinggi dalam pasukan polis yang boleh meng4ncam dan menjadi penghalang pergerakan mereka. 


Seorang wartawan Berita Harian cawangan Ipoh Mokhtar Petah pernah berjumpa dengan Tan Sri Koo semasa berada di Ipoh Club sebelum beliau dibu.nuh. Beliau berpendapat bahawa selagi orang-orang bukan Melayu tidak ikhlas menerima bahasa Melayu sebahagian bahasa mereka dan mereka masih ada sentimen mahu menegakkan bahasa mereka maka selama itulah perpaduan tidak akan tercapai dengan sempurna.


Selain itu beliau juga menegaskan, Agama Islam mestilah diterima sebagai agama rasmi negara dan hukum-hukumnya dipraktikkan sebagai undang-undang dan perkemaskan Perlembagaan Persekutuan mengenai agama Islam. Pemahaman mengenai Islam sebagai agama rasmi negara hendaklah diberi kefahaman kepada semua rakyat bukan Islam, supaya perpaduan antara rakyat yang sedia ada akan bertambah kukuh, tidak ada cara yang lebih baik yang berkesan untuk membanteras fahaman k0munis, melainkan dengan Islam dan mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan rakyat luar bandar dan pinggir bandar.



Kerajaan Pusat dan semua Kerajaan Negeri akan tidak selamat, mungkin akan muflis kalau dibiarkan amalan r4suah berleluasa dalam kalangan para pegawai, kakitangan kerajaan dan mereka yang berkecimpung dalam arena politik. Untuk meninggikan moral semua rakyat, kerajaan mestilah mengawal atau menghalang kemasukan segala macam unsur menolak ketuhanan dan kebudayaan kuning menerusi filem, televisyen dan media cetak.


Untuk pengetahuan anda, sepanjang darurat dari 1974-1982. Sebelum kema.tian Tan Sri Koo Chong Kong, sebenarnya banyak pegawai yang menjadi sasaran k0munis. Antaranya pada 12 julai 1973 Ketua Inspektor Chin Kou ditem.bak ma.ti di Serdang Kedah, oktober 1973, Detektif Sarjan Chong Kek Oh ditem.bak ma.ti di Sungai Siput Perak. Tidak cukup dengan itu, Detektif Konstabel Lee See Kaw ditem.bak ma.ti di Malim Nawar, Perak pada 3 januari 1974.


Pada 20 april 1974 pula, Detektif Sarjan Lee Yoon Chin ditem.bak ma.ti di Melaka dan empat hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua dibu.nuh di Chemor Perak.



Pada 6 jun 1974, PKM bertindak dengan lebih berani apabila menem.bak ma.ti Tan Sri Abdul Rahman Hashim Ketua Polis Negara di Jalan Raja Chulan Kuala Lumpur. 



Tindakan g4nas dan perjuangan gerila diperhebatkan pada 26 ogos 1975 mereka mengeb0m Tugu Negara dan dua minggu kemudian melempar b0m tangan ke Kem Pasukan Polis Hutan di Jalan Pekeliling Kuala Lumpur menyebabkan dua orang anggota terk0rban dan 41 orang cedera.



Pada 13 November 1975, Tan Sri Koo Chong Kong Ketua Polis Perak ditem.bak ma.ti bersama-sama pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong di Ipoh Perak.



Menuru rekod, antara tahun 1975 hingga 20 Disember 1982 terdapat 609 pertempuran dengan k0munis telah berlaku. Sepanjang tempoh tersebut, 134 anggota keselamatan terk0rban dan 556 cedera manakala di pihak k0munis 123 terk0rban. Seramai 111 anggota PKM berjaya ditawan atau menyerah diri, sebanyak 184 kem anggota PKM berjaya dikesan.



Selain itu, bagi mengenang jasa Tan Sri Koo Chong Kong sebatang jalan di Ipoh telah dinamakan sempena namanya 'Jalan Koo Chong Kong'.


Namun pada 2001, Menteri Besar Perak Tan Sri Mohd Tajul Rosli Mohd Ghazali telah menamakan jalan ini sebagai 'Jalan Tabung Haji' kerana wujud bangunan baru Tabung Haji.


Penukaran nama ini mendapat bantahan daripada Lim Kit Siang, tindakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) tidak selaras dengan semangat menghormati pejuang membanteras penggamas komunis di Malaysia. Tambahan pula, Koo Chong Kong telah diberi penghormatan tertinggi 'Tan Sri' oleh Yang-di Pertuan Agong.




Kami generasi sekarang amat menghargai jasa pejuang-pejuang terdahulu, ribuan terima kasih atas pengorbanan anda semua, tanpa perjuangan perwira-perwira dahulu mungkin Malaysia tidak akan terus maju seperti apa yang telah kita kecapi sehingga ke hari ini.

Post a Comment

0 Comments