(Video) - Saksikan bagaimana hukuman sebatan dilakukan di Mahkamah Syariah Tawau Sabah

 


Bila kata je hukuman sebatan fikiran kita dah gerun, takut bagaimana pesalah yang dijatuh hukum sebat punya perasaan.


Yelah kan sampai koyak kulit punggung, tambahan lagi sebelum menjalani hukuman itu perlu dapatkan nasihat doktor adakah pesalah benar-benar dalam kondisi sihat baru dibenarkan doktor.


Seperti yang kita tahu juga hukuman itu bukan dijalani sekaligus, akan dilakukan berperingkat setakat pesalah mampu teruskan.


Baki sebatan akan menunggu pesalah sihat.


Tapi lain pula cerita di Mahkamah Tawau ini, sebuah video menunjukkan dua orang pesalah lelaki dan perempuan dijatuhkan hukuman di bawah enakmen syariah.


Bila warden (1) buat kiraan "satu" penyebat akan sebat sekali, kiraan "dua" penyebat akan sebat kali kedua begitula sampai habis hukuman itu. 


Tapi hukuman itu dilakukan mengikut hukum hudud penyebat tidak boleh mengangkat tangannya untuk menyebat melebihi sehingga buka ruang ketiak.


#Saksikan


Ada juga netizen yang cakap "apala rasa hukuman macam tu, mesti pesalah buat lagi" 


Sebenarnya Islam mengajar kita supaya malu dengan kesalahan, bahkan hukuman dijatuhkan di hadapan khalayak. Dah tentu psikologi kita akan berubah dan sedar kesalahan ini masih lagi Allah tak hukum berat di dunia. Kalau di akhirat pula macam mana seksaan? Fikirkanlah

Post a Comment

0 Comments