Benjy Ibrahim meninggal di Indonesia

 


Pelakon Benjy Ibrahim Meninggal Dunia.

   

Industri hiburan hari ini dikejutkan dengan berita pemergian seorang pelakon tanah air, Benjy Ibrahim yang juga merupakan anak kepada Allahyarhamah Azean Irdawaty.



Memetik daripada laporan Astro Awani, Benjy atau nama sebenarnya Khaeryll Benjamin Ibrahim menghembuskan nafas terakhir di sebuah hospital di Medan, Indonesia jam 11 pagi tadi.


Dalam satu kiriman pesanan ringkas yang dikirim oleh ayahnya, Khairil Anwar Zainal Mukhtar Rashidi memaklumkan bahawa Benjy meninggal dunia akibat penyakit asma.


Mohon orang ramai untuk sedekahkan Al – Fatihah untuk beliau. Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin


Ramai turut mendoakannya






Kredit: Astro Awani

Post a Comment

0 Comments