Erma Fatima dik3cam teruk dengan netizen | ini soal adab!

 



Erma Fatima  merupakan  pelakon dan pengarah  yang tidak asing lagi dalam industri  seni negara kita. Ia sangat dikenali dengan dengan lakonan dan arahan drama bersiri  mok cun. Baru-baru ini, Erma Fatima menulis  pendapatnya di laman sosial berkaitan insiden yang tular melibatkan seorang usahawan bernama Carl Samsuddin dengan seorang pak cik  penghuni rumah tumpangan untuk golongan gelandangan. 


Erma Fatima merasakan niat Carl sangat murni, dan dia terpaksa memberikan motivasi yang agak 'keras' kepada mereka supaya berusaha mengubah nasib hidup dan tidak hanya bergantung sepenuhnya oleh bantuan kerajaan dan NGO. Ada dikalangan gelandangan yang menumpang di rumah tumpangan tersebut tidak mahu keluar dari sana. Mereka selesa tinggal dan makan minum secara percuma. Sedangkan rumah tersebut hanya sebagai sebuah pusat transit untuk gelandangan berubah dan memulakan hidup yang lebih baik apabila keluar kelak. 



Namun, netizen tetap tidak bersetuju apa yang dilakukan oleh Carl Samsuddin. Netizen beranggapan cara Carl bercakap tidak beradab dengan mempersoalkan masa silam pak cik tersebut. Selain itu netizen berpendapat, tiada kebenaran untuk menghina atas tujuan motivasi. 





Betty Ahmad turut meninggalkan  komen di status tersebut yang tidak bersetuju dengan pendapat kakaknya. Walau bagaimanapun, Ummie Aida turut mencelah agar netizen menjaga bahasa  dan beradab ketika menegur. 



Artis-artis terkenal turut meluahkan rasa kecewa atas insiden yang tidak beradab itu. Antaranya Dato Seri Vida, Rozita Che Wan, Anzalna Nasir, Afdlin Shauki  dan ramai lagi. 








8

Walaubagaimanpun, founder produk Bella Ammara itu telah berjumpa semula dengan pak cik tersebut dan memohon maaf di atad kelakuannya. Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan lebih baik.



Post a Comment

0 Comments