Kem4tian pegawai kanan kastam yang tidak terbela? | Dimana keadilan!

 


Masih ingatkah anda lagi seorang Timbalan Ketua Pengarah Kastam Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditemb4k ma.ti di lampu isyarat yang sehingga kini tiada sebarang tangkapan penjen4yah. Kes ini sangat menyedihkan bagi pihak keluarga arw4h terutama isteri beliau, selepas penangkapan geng 36 yang pada mulanya disyaki sebagai dalang utama pembu.nuhan Datuk Shaharuddin itu, tidak berapa lama kemudian mereka dibebaskan atas ikat jamin.


Kes ini dikatakan berlaku kerana Datuk Shaharuddin merupakan seorang timbalan ketua pengarah yang sangat tegas dan tidak langsung memenuhi kehendak sesiapa yang ingin seledup barang secara h4ram.


Kes itu berlaku pada tahun 2013, namun bukan setakat itu sahaja ada seorang lagi pegawai kanan kastam iaitu Puan Anisah Ali 54 tahun juga turut terbu.nuh dalam insiden menyayat hati.



Kronologi pembu.nuhan Puan Anisah Ali


Puan Anisah adalah seorang pegawai kanan kastam yang berkhidmat di Pejabat Kastam Kelantan, sebelum kejadian memang sindiket yang diketuai Mat Yeh amat popular melakukan segala kegiatan jen4yah seludup di sempadan kelantan-Thai.


Antara kegiatan yang dilakukan adalah selu.dup senj4ta api, d4dah, dan juga r0kok seludup. 


7 Oktober 2016

Arw4h Anisah menaiki kenderaan bersama dua anggota kastam lain yang sedang bertugas ketika itu membuat satu rondaan, mereka cuba menahan sebuah kenderaan dipercayai sebuah van membawa r0kok seludup dan pada masa yang sama sebuah k3nderaan dinaiki tonto bertindak merempuh kereta mereka. Kejadian ini berlaku semasa mereka melakukan OPS Chimera di Banggol Chicha, Pasir Mas Kelantan. Kenderaan Anisah dikatakan terbabas lalu melanggar pokok dalam kejadian pukul 1.20 pagi.


8 Oktober 2016

Arw4h Anisah yang kritikal ketika itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab (II) Kota Bharu Kelantan namun menghembus nafas terakhir pada hari itu. 


13 Oktober 2016

Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhamad meluahkan rasa dukacita dan berharap nasib mangsa terbela, ketika ini suspek utama dijejaki oleh pihak polis dan sekatan jalan raya dibuat bagi mengesan suspek. Jalan pelbagai arah dikawal rapi oleh sekatan-sekatan polis.


2 November 2016

Hampir dekat sebulan, secara tiba-tiba suspek utama Mat Yeh menyerah diri kepada pihak polis selepas melarikan diri beberapa minggu.


15 November 2016

Selepas direman hampir dua minggu, suspek utama Mat Yeh dibebaskan polis, dikatakan pihak polis kekurangan bukti untuk mendakwa Mat Yeh ketika itu.


8 Disember 2016

Berapa badan kerajaan terima laporan bagi menuntut pembelaan Anisah, laporan  kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Biro Pengaduan Awam (BPA), Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (SIAP) dan juga KASTAM sendiri.


30 Ogos 2017

Beberapa jawatankuasa dibentuk bagi menuntut keadilan untuk Anisah


2 April 2018

Kenyataan media dikeluarkan bertajuk "Tuntut Keadilan" yang mana Ahli Parlimen Batu Kawan, Kapar, dan Kuala Langat bersama anak arwah di parlimen.


7 Jun 2018

Ada tangan ghaib cuba tutup kes - SUARAM 


20 Januari 2019

Laporan bedah siasat menyebut sebab kematian oleh kerana pengumpulan darah di dalam kedua-dua belah rongga dada dan kedua-dua paru-paru mengecut akibat daripada perlanggaran kenderaan.


25 Julai 2020

Keluarga arwah Anisah menuntut RUU Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), namun sekarang sebuah Rang Undang-Undang baru diwujudkan bagi menggantikan IPCMC iaitu RUU Suruhanjaya Bebas Tatakelakukan Polis (IPCC) 2020. 



Persoalannya apakah kemati.an Almarhumah Anisah Binti Ali pegawai kanan kastam yang dilanggar tonto akan terus ditanam bersama ribuan kes yang lain? Apakah begini kesudahannya bagi seorang penguatkuasa yang berani dan jujur dalam menjalankan tugas? Apakah ini bermakna yang sebenarnya berkuasa dalam negara adalah penjen4yah? 


Pembu.nuhan terancang ini dipercayai dilakukan oleh kumpulan Mat Yeh sindiket penyeludupan terbesar di Kelantan. Namun hingga kini suspek utama masih bebas dan tiada seorang pun dijatuhkan hukuman atas kesalahan membu.nuh. Inkues kema.tian pun hingga ke hari ini masih belum dijalankan.


Alfatihah diucapkan.





Post a Comment

0 Comments