Kronologi Pend3raan Adik Bella | Baca

 


Luluh hati mendengar pend3raan yang berlaku dengan adik Bella. Seorang kanak-kanak syndrom down bernama Bella telah  dipelihara oleh Bainun yang merupakan pengasas rumah perlindungan dan kebajikan iaitu Rumah Bonda. Rumah Bonda adalah sebuah pusat perlindungan NGO untuk menyelamatkan wanita yang hendak melahirkan anak luar nikah serta kanak-kanak malang yang tidak bernasib baik.  Ikuti kronologi tentang  kisah ini. 

Bella anak istimewa

Adik Bella seorang kanak-kanak terbiar yang menghidap Syndrom.  Tidak diketahui asal usulnya. Ada yang mengatakan dia seorang anak yatim piatu. Bella hanya merayau-rayau di tepi jalan sehingga dia diselamatkan oleh sukarelawan dan dibawa ke JKM. Pihak JKM telah menempatkan Bella disebuah Rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah ( dibawah JKM).


Perkembangan Bella sangat positif. Dia lebih ceria dan  gembira seperti kanak-kanak lain. Ada penjaga yang dipanggilnya mak dan abah disana. Satu hari dia dibawa ke mahkamah kanak-kanak untuk disambung tempoh penjagaan di rumah Sinar Harapan Tengku Ampuan Najihah. Namun, disinilah detik hitam dalam hidup Bella bermula. 


Semasa di mahkamah, sukarelawan telah terserempak dengan Cik Bainun iaitu pengasas Rumah Bonda. Kebetulan Cik Bainun ada menguruskan kes kanak-kanak lain. Kemudian dia tertarik dengan Bella dan ingin menjaganya. Menurutnya, dia amat menyukai kanak-kanak Syndrom Down. Maka dengan kebenaran mahkamah, Bella  diletakkan di bawah pusat perlindungan Rumah Bonda. Selama 4 bulan adik Bella disana. Sehingga satu hari pada bulan Oktober 2020, cik Bainun ingin menjaga Bella sepenuhnya dan membawanya pulang ke kondominium. Tinggallah Bella di kondo dengan Bainun dan beberapa rakan yang lain termasuk seorang wanita yang dipanggil mama. 

Bainun (Bonda dan Mama)

Pada bulan februari dan mac, sukarelawan ada melawat adik Bella di kondo Bainun. Tetapi  tiada tanda-tanda penderaan yang berlaku. Cuma mukanya agak sedih dan ingin kembali semula ke ke pusat perlindungan Rumah Bonda. Lagaknya seperti tidak mahu tinggal di kondo itu lagi. Dia memohon kepada sukarelawan yang dia tidak mahu tinggal dengan bonda (Bainun). 


Sukarelawan menasihatkan Bainun untuk menyerahkan semula Bella ke JKM disebabkan Bella tidak gembira tinggal disana. Tetapi Bainun menghalangnya dan memberi amaran jangan masuk campur urusannya dengan Bella. Akhirnya sukarelawan hanya diam. 


Bagaimana Bella diselamatkan? Allah telah menghantar Mummy untuk menyelamatkan Bella. Mummy telah mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena dengan Bella. Mummy selalu bertanya dan ingin berjumpa Bella tetapi Bainun banyak kali mengelak dan memberikan alasan. Mummy dan Bainun adalah kawan rapat dan sentiasa berhubung antara satu sama lain. Malahan Mummy pernah menjemput Bainun dan Bella untuk menghadiri Birthday Party anaknya, tetapi Bainun tidak membawa Bella. Bila ditanya, dia memberikan macam-macam alasan. 


Sehingga ketika Bainun dan rakan serumah terpaksa dibawa ke pusat kuarantin kerana disyaki positif Covid, maka inilah kesempatan Mummy untuk berjumpa Bella. Dia meminjam access card daripada penghantar makanan yang membekalkan makanan kepada kanak-kanak di dalam kondo tersebut. 


Dia membuka pintu dan memanggil Bella, Bella keluar darii bilik stor. Sangat mengejutkan bila melihat keadaan Bella. Tangannya menggigil, air mata tak henti mengalir. Apa sudah jadi dengan Bella? Setiap pagi Bella akan berdiri menghadap dinding tanpa makan dan minum, dia juga di dera hampir di seluruh anggota badan. Tangan kanannya bernanah dan menampakkan isi. 








Mummy terus membawa kanak-kanak tersebut ke hospital dan membuat laporan polis. Hampir lima jam Mummy dihospital mengurus Bella.  Mummy sempat membeli makan kepada Bella. Bella makanan dengan lahap seperti tidak makan beberapa hari. Segala nasi dan biskut habis dimakannya. 


Mummy turut menelefon Syed Azmi yang merupakan penasihat pusat perlindungan Rumah Bonda. Syed Azmi tidak dapat menguruskan perkara tersebut. Lebih malang lagi tiada jawapan daripada Rumah Bonda berkaitan apa yang terjadi dengan Bella. Kes ini telah ditularkan oleh Puan Mona di FB beliau. Rata-rata netizen marah dan mengecam Rumah Bonda. 


Susulan kejadian ini, Syed Azmi mengeluarkan satu kenyataan di akaun facebooknya yang meminta maaf dengan orang awam. Dia menegaskan isu penderaan tersebut tidak berkait dengan pusat perlindungan Rumah Bonda kerana Bella telah dijaga sendiri oleh Bainun di kondo tersebut. Syed Azmi juga mengatakan dia tidak pernah berjumpa Bella ketika melawat pusat perlindungan itu. Beliau menegaskan tetap memberi kerjasama untuk keadilan adik Bella. 


Namun, satu laporan polis telah dibuat yang menyatakan pusat perlindungan Rumah Bonda tidak mempunyai lesen atau permit yang sah untuk menjalankan operasi. Mummy juga berharap pihak polis dapat menangkap pendera Bella dengan kadar segera. Sama-sama kita doakan Bella cepat sembuh dan menuntut  keadilan terhadap adik Bella. 




Sumber: Puan Mona

Post a Comment

0 Comments