Saksi utama saudara Narresh kongsi detik selamatkan Adib | Isu arw4h Adib


Isu ini antara yang hangat diperkatakan, dan banyak berita keluar di corong-corong radio mahupun kaca tv. Mana tidak kerana ia melibatkan kema.tian seorang anggota kerajaan Jabatan Bomba dan Penyelamat yang datang untuk resque kebakaran yang melanda di sebuah kuil Sri Maha Mariamman di USJ Selangor. 


Arwah adib adalah seorang daripada sembilan yang dikatakan dise.rang semasa kejadian. Pada awalnya punca berlaku dikatakan perselisihan antara dua kumpulan kerana projek pemindahan tapak kuil, tetapi dapat tentangan dari penganut hindu yang biasa beribadah di situ mahupun penduduk di situ.


Apa yang terjadi sebenarnya sampai seorang anggota bomba ma.ti di tempat kejadian?


Seorang saudara bernama Narresh Rajendran Pillai adalah saksi utama semasa kejadian, mari ikuti apa yang berlaku dia ceritakan! 


Kebiasaan Nerresh yang lalu di higway itu untuk pergi kerja dan pulang kerja, pada satu malam Nerresh dan termasuk rakannya lagi lima orang yang menaiki motor membuat keputusan untuk singgah ke kuil tersebut. Mereka bertindak singgah di kuil kerana sebelum hari kejadian mereka mendapat news ada pertelingk4han berlaku untuk memunggah kuil dan lebih lagi kuil itu dikatakan berusia lebih 100 tahun, disebabkan usianya yang unik Nereesh dan rakan ingin melihat kuil itu lebih dekat sebagai tanda kebanggaan mereka pada agama mereka.


Semasa sampai di parkir motor dan park, mereka terus masuk ke kawasan kuil dan tidak lama selepas itu ada kekecohan telah berlaku di satu tempat di mana terdapat ada sebuah kenderaan telah terbakar.


Pihak bomba yang bergegas ke tempat kejadian datang untuk memadam kebakaran tersebut. 


Apabila berlaku kekecohan Nerresh dan rakan-rakan telah berpecah antara satu sama lain, dia terlihat dari jauh sebuah jentera bomba diserang oleh sekumpulan pihak. Kenderaan bomba itu malah berundur apabila diserang. 


Rasa ingin tahu membuat Nerresh cuba datang ke arah kawasan bomba diserang itu, dia terlihat ada seorang anggota bomba sedang tertuduk bersandar di sebuah kereta sambil mengigit gigi mengerang kesakitan. Nerresh yang berkata dia juga pernah mengambil latihan anggota pertahanan awam diajar untuk membantu sesiapa dalam kesusahan. 


Nerresh yang sedang berada dekat arwah adib cuba membuat panggilan "encik ok ke, tolong bangun" tapi tidak disahut Adib kerana kesakitan. 


Nerresh mengarahkan supaya orang sekeliling pada masa itu untuk jauh memberikan keselesaan dan oksigen pada Adib, ada yang menjerit kata renjiskan air pada muka Adib, Nerresh  yang tahu Adib perlu dibawa ke hospital segera lalu berlari dalam 100 meter untuk meminta pertolongan, kebetulan ada kereta di bahu jalan Nerresh cuba mengetuk tingkap tapi ada yang tidak mahu turun, ada yang tidak berani keluar kereta. 


Nerresh kembali semula untuk dapatkan Arwah Adib terlihat orang ramai telah membuka baju adib dan helmetnya temasuk tali pinggan. Perasaan bercampur baur Nerresh yang mahu menyelamatkan Adib telah memanggil beberapa orang untuk mengangkat Adib. 


Ada seorang ini mengatakan biar dia mengangkat Adib letak di belakang badan tetapi Nerresh tidak mahu takut jika ada luka dalaman yang membolehkan Adib bertambah cedera. Seramai 6-7 orang mengusung Adib secara perlahan-lahan terlihat Nerresh berlari ke hadapan dahulu untuk mencari kenderaan yang boleh membantu Adib hantar ke hospital. 


Sebuah kereta menolong Nerresh


Dalam dekat 200 meter mengusung Adib, Nerresh terlihat sebuah kereta Mitsubishi Storm dan pemandunya setuju untuk menghantar Adib ke hospital. 


Mereka membuka bucket Storm itu lalu meletakkan Adib di atas kereta tersebut. Nerresh yang berada di situ tidak tahu kemana hilang laki-laki tadi kerana dia pun tidak mengenalinya. Lalu pemandu bergerak berjalan dan menjerit pada Nerresh kemana nak bawa? Nerresh menyatakan kalau pergi GH ambil masa lama sebab jauh jadi terpulang pada abang kalau ada private hospital kita kesana saja kata Nerresh. 


Nerresh yang meriba Adib di belakang cuba berkomunikasi dengan Adib tetapi tidak juga keluar perkataan dari mulut Adib, Nerresh sempat merasakan nadi Adib terlalu lemah dan dia segera mengatakan kepada pemandu minta cari jalan cepat sikit. Akibat kelajuan tinggi dan angin laungan Nerresh itu tidak tahu sama ada pemandu mendengar atau tidak walaupun pemandu tersebut sudah membuka tingkap.


Tiba di hospital private jam 1.30 pagi, Nerresh memanggil paramedik untuk membawa strecher dengan kadar segera, namun pihak hospital masa itu melambatkan keadaan kerana bertanyakan siapa pesakit dan apa kena mengena dengan dia, ada medical card atau tidak, namun Nerresh tertekan dengan keadaan itu telah menjerit suruh buat dahulu bantuan kecemasan dan pihak hospital menerima Adib dan membawa ke bilik rawatan. 


Sebelum sampai di hospital berkenaan, semasa di atas kereta Nerresh sempat melihat di poket Adib sebuah telefon yang seseorang sedang memanggil Adib di situ Nerresh berkata panggilan tersebut dipanggil oleh seorang pegawai kerana tertulis PG dan nama tidak dimention Nerresh. Panggilan pertama Nerresh tidak mengangkat, panggilan kedua tidak diangkat, panggilan ketiga Nerresh mengangkat dan berkata Tuan saya salah seorang menolong Adib sekarang dia dalam kecemasan dan datang ke hospital ini kebetulan masa tu mereka sudah tiba di hospital. Kebetulan masa itu juga Nerresh sempat terlihat tunang Adib mesej berkata "dimana sekarang" tetapi Nerresh tidak mahu keadaan menjadi kucar kacir dahulu dan dia terus mematikan telefon Adib. 


Ketika di hospital itu Nerresh menunggu sehingga jam 5 pagi untuk melihat keadaan Adib, namun tidak bernasib baik kerana doktor tidak membenarkan sesiapa melawat lagi. Nerresh hanya bertemu dengan Adib hingga setakat itu sahaja dan dia segera pulang ke rumah yang mana rakan-rakan dia tadi mengambilnya.


Hari esok


Pada keesokannya, banyak media melaporkan yang Adib dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN), ramai vip ahli politik,vvip menteri, Perdana Menteri juga datang melawat arwah Adib, dari situlah Nerresh dapat tahu Adib berada di sana. Pada jam menunjukkan 1 tengahari Nerresh datang ke IJN dia terlihat ramai media yang datang, dia cuba naik ke atas untuk melawat Adib ketika itu tetapi masih tidak dibenarkan oleh pihak hospital kerana Adib sedang berada dalam wad icu. Bagi Nerresh masa tu biarlah hanya diri dia saja yang mengetahui apa hubungan dia dengan Adib, Nerresh juga dengan bersikap low profile tidak mahu media tahu disebabkan ketika itu isu ni sangat sensitif kerana melibatkan perkauman dan keagamaan. Pada itu juga banyak media yang datang untuk mengetahui berita terkini keadaan Adib jadi Nerresh turun semula ke bawah dan sempat berdoa kepada tuhan supaya Adib cepat sembuh, perasaan dia seperti tidak kena selagi tidak melihat Adib sedar dari koma.


Sedang berada di lobby Nerresh telah mendapat respon dari keluarga Adib semasa tu Nerresh sempat berbual dengan abang Adib dan menceritakan keadaan semasa kejadian, dikhabarkan Nerresh boleh mengenali abang Adib disebabkan semasa hari pertama arwah Adib dihantar ke hospital oleh Nerresh, Nerresh sempat memberi phone Adib semasa di hospital, bermula dari IJN lah Nerresh sentiasa contact dengan abang Adib.


Nerresh dapat perkhabaran Adib meninggal dunia! 


Sebelah malam apabila Nerresh balik dari IJN dia terus ke rumah saudaranya di Klang, pada malam itu Nerresh tidak bermalam di rumahnya sehingga pada hari esok pagi, abang Adib telah mengirim mesej kepada Nerresh mengatakan adib telah meninggal dunia, Nerresh sempat berkata "saya hampir menangis ketika itu kerana berasa sangat sedih arwah Adib dijemput tuhan". Dia berasa seakan tidak percaya dengan news itu dia cuba periksa di setiap akhbar dan terpampang berita kematian Adib pada masa itulah Nerresh percaya Adib telah meninggal dunia.


Kebetulan masa tu Nerresh dari Klang dan ingin ke rumahnya dia sempat singgah di Kl Sentral, dia berasa terkilan di saat sebelum arwah Adib meninggal dia tak sempat melihat Adib buat kali terakhir termasuklah last di hospital swasta masa tu dia tidak dibenarkan melawat, jadi pendirian Nerresh untuk membeli tiket ets pergi ke Alor Setar untuk bersama proses pengkebumian arwah Adib. 


Nerresh terus pergi ke kaunter kebetulan masa tu Nerresh juga tidak ada alamat Adib, dan dia cuba membelek akhbar dan mengetahui arwah Adib dari Alor Setar Kg Temengau.


Setelah cuba membeli tiket ets dia dapat tahu tiket train ke Alor Setar masa tu dah habis disebabkan tengah musim cuti sekolah bulan 12. Nerresh terus bergegas ke TBS sentral untuk membeli tiket bas namun menemui kegagalan kerana tiket bas pun habis. Tidak putus asa dengan itu dengan semangat Nerresh hendak berjumpa sekurang-kurang keluarga arwah Adib dia berpatah balik ke KL Sentral dan beli tiket train ke Ipoh. 


Masa perjalanan Nerresh adalah dari jam 7.30 pagi dari Kl Sentral ke Ipoh, dan dari Ipoh dia mengambil bas ke Buterworth dan dari Butterworth dia menaiki train semula ke Alor Setar tepat pada jam tujuh lebih malam Nerresh sampai, lebih kurang 12 jam Nerresh travel ke sana. 


Apabila sampai di Alor Setar Nerresh sempat tempah grab, dan pemandu grab bersetuju untuk menghantar Nerresh ke Kg Temengau. Ketika dalam perjalanan mereka berbual sehingga pemandu grab itu bertanya kenapa hendak masuk ke Kampung sana kerana jalan tak berapa ok, tiba-tiba pemandu grab itu terpaksa berhentikan di satu kawasan sekolah cina, kata pemandu grab itu "minta maaf saya tak dapat hantar sampai kesana jika mahu saya tak ambil duit tapi saya tunggu awak sampai awak naik grab lain".


Perasaan Nerresh semasa itu sangatlah sedih, dah la kepenatan dia terfikir adakah pemandu grab itu risau disebabkan Nerresh seorang Indian untuk masuk ke kampung melayu kebetulan Nerresh beritahu yang dia nak melawat arwah Adib ataupun sememangnya pemandu tu takut keadaan keretanya rosak kerana masuk jalan berbatu, tetapi Nerresh tidak marah dan hanya berserah.


Apabila Nerresh sudah naik grab kedua, dan sampai ke kampung arwah Adib dia cuba meneliti dimana rumah Adib, dan dia memerhati ternampak satu kanopi bomba dan disitulah dia menganggapi itulah rumah Adib. Setelah turun dia cuba mendekati rumah tersebut terlihat ada seorang tua datang bertanya cari siapa?, Nerresh pun bertanya saya mencari rumah Adib, dan orang tua itu bertanya kembali you kawan sekolah dia ke, kawan kerja ke dan Nerresh pun menjawab tidak saya hanya datang untuk melawat Adib sebab saya seorang yang menolong dia semasa kejadian.





Sedang Nerresh berbual dari seorang jadi enam tujuh orang, sebab orang kampung tidak mempercayakan siapa Nerresh. Nerresh sedaya upaya untuk membuktikan dia siapa, dia sempat menghubungi abang Ashraf iaitu abang kepada arwah Adib tetapi tidak dapat dihubungi kerana abang Ashraf tidak membawa phone, masa tu la Nerresh sempat berkata ha tu phone berbunyi dalam rumah memang saya kenal dengan abang Ashraf. Salah seorang dari situ pergi memanggil abang Adib, dan sampai saja abang Adib dia terus memeluk Nerresh dan semasa tu baru semua tahu siapa Nerresh. Apa yang membuat Nerresh sedih adalah arwah Adib telah selamat dikebumikan dan tak sempat melihat keadaan Adib tapi apa yang menggembirakan Nerresh dia sendiri lega dan sempat berbual dengan ayah dan mak arwah. Pada jam 10 malam Nerresh bergerak terus ke KL menaiki bas. 




Kisah ini tidak ramai tahu, sehinggakan akhbar-akhbar mula memuat cerita ini dan rakyat barulah tahu sebenarnya ada kumpulan yang menolong arwah Adib, dan nama Nerresh trending sekejap masa tu dan dia sempat mengucapkan terima kasih kepada orang yang menolong dia dan arwah Adib ketika itu.




Nerresh juga sanggup kehilangan pekerjaan dekat setengah tahun oleh kerana bertanggungjawab dalam prosiding kes mahkamah arwah Adib, dia antara saksi utama kejadian yang dipanggil mahkamah. Terima kasih Nerresh, we all Malaysian, tidak kira agama bangsa kita wajib menolong sesiapa saja bila berada dalam kesusahan.

Post a Comment

0 Comments