(Video) - Kesusahan pelajar tinggal bawah jambatan tepi sungai cetus kedatangan guru ke rumahnya

 


Lihatlah di luar sana ramai lagi mereka yang susah, duit nak makan takda, tempat tinggal pun main pacak je pondok, ada yang pacak di tempat-tempat semak seperti baru-baru ni viral ustaz Ebit Lew menolong seorang makcik hanya tinggal dalam semak tepi jalan dan membantu sedikit beri duit belanja, dan sewakan rumah yang lebih selesa.


Kehidupan sebegini bukanlah berlaku semasa pkp dari tahun lepas lagi, malah dah berlaku sejak dari dulu lagi masalahnya cuma tak viral saja. Maklumlah di zaman internet pantas serba moden ni bukak je facebook kita dah dapat tahu di mana ada orang-orang susah. Kan! 


Namun lain pula kali ini ceritanya, perkongsian di facebook Siti Noraina  yang memuatnaik satu video terlihat beberapa orang guru telah datang melawat seorang murid mereka yang mana murid itu tinggal bersama-sama ibu dan ayahnya di bawah jambatan tepi sungai.


Keadaan di situ memanglah sesuai untuk mengelak dari panah petir sebab bawah jambatan, akan tetapi apabila guru datang meninjau ke dalam rumah mereka, masa nak masuk pun dah gayat sebab jalannya betul-betul tepi sungai.


Keadaan longkang besar yang dalam tu membuat ayah murid tu pernah terjatuh sebelum ni.


Video keadaan rumah serba daif


Melihat di ruang komen, terdapat komentar berbunyi kalau ustaz Ebit Lew dapat tahu ni setel masalah dorang. Namun bagi pihak admin sesiapa saja yang berdekatan dengan mereka bantulah sorang sikit bagi wang makan ke, dan tak ketinggalan jika wakil rakyat di situ tahu perkara ni bolehla cuba bantu cari rumah untuk mereka sewa ke, ustaz Ebit Lew pun mungkin kadang-kadang sibuk ayah beliau tengah sakit di hospital, bagilah masa untuk beliau bersama ayahnya.



Namun ada juga yang memuji ayah murid itu walaupun keadaan tengah susah tapi dia tidak lupa untuk menyekolahkan anaknya. Tahniah seorang bapa terpuji! 




Post a Comment

0 Comments