(Video) - Pengalaman s3ram semasa di aspuri | warden sampai bercakap dengan pokok besar


 

Perkongsian Kekde bagaimana peristiwa yang tak dapat dilupakan sehingga hari ini. Semasa beliau berada di sebuah sekolah dirahsiakan namanya ada satu peristiwa tu sampaikan pihak sekolah sendiri tak percaya cakap pelajar-pelajar perempuan.


Tapi apa yang berlaku hanya seorang warden sahaja percayakan cakap mereka  sehinggakan warden dan pelajar-pelajar perempuan buat satu planning untuk menangkap si pelaku.


Dikatakan barang-barang seperti bra, seluar dlm, pelajar perempuan sering hilang hari demi hari. Tapi yang peliknya kehilangan barang-barang tu agak misteri kerana mereka tidak nampak langsung apa-apa kelibat datang masuk sama ada orang ke atau benda ghaib ni.


Tiba la satu masa tu, beberapa pelajar perempuan sering terkejut daripada tidur kerana dapat merasakan ada orang cuba meraba tubuh mereka. Selepas mereka tersedar mendapati tiada langsung sesiapa yang cuba masuk dorm mereka.


Agak aneh kan?! 


Seorang warden dan pelajar perempuan buat satu planning setiap malam mesti ada yang kena jaga setiap pintu dorm. Tibala satu saat tu warden ni pergi ke hujung bangunan dan ternampak seperti lembaga hitam yang cuba mengesot di atas bumbung. Warden tu pergila ke tandas perempuan untuk melihat setiap tandas, masa tu tandas ada tiga bilik, setiap pintu tandas dibuka namun takda apa yang dilihatkan.


Tak lama dalam operasi mereka jadi jaga setiap malam, warden tu dapat mengetahui ada satu lubang dari surau ni dia link terus ke bangunan aspuri. Dari situla mereka cuba perhatikan dari jauh untuk mengawasi setiap malam jika ada orang cuba pecah masuk melalui lubang tu.


Ternyata satu malam tu pelajar perempuan ternampak warden mereka sedang bercakap menghadap pokok besar dalam gelap, dari situ la pecah rahsia semua ni siapa yang simpan bra dan pakaian dlm mereka, boleh dikatakan jika dikumpul memang berkotak-kotak penuhnya. 


Nak tahu kisahnya kena ikuti video di bawah



Post a Comment

0 Comments