"Ahli Politik PH Berfikiran Jangka Pendek"... | Perkara yang mengambil masa terlalu lama tak mungkin dilakukan

 


Naib Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa Pakatan Harapan melipatgandakan usahanya untuk meraih sokongan pengundi luar bandar kerana penyelesaian gabungan itu memperluaskan pengaruhnya ke kawasan luar bandar sebenarnya agak mudah.


Rafizi diminta mengulas bagaimana PH boleh menembusi kawasan luar bandar dengan lebih baik, khasnya kawasan dikuasai orang melayu di mana Presiden PKR Anwar Ibrahim dan DAP mungkin tidak mempunyai begitu banyak pengaruh.


Beliau mendapati PH tidak mempunyai orang mencukupi untuk menjangkau pengundi luar bandar, sebahagian besarnya kerana ia "sukar dan memenatkan" dari segi masa serta usaha yang diperlukan untuk berbuat demikian. 


Rafizi turut menggesa DAP tidak hanya "menumpang" PKR dan AMANAH untuk mendapatkan undi orang melayu di kawasan luar bandar. 


Tambahnya, secara semulajadi ahli politik berfikiran jangka pendek, apa-apa yang makan masa terlalu lama mereka mungkin tidak mahu lakukan kerana ia tidak akan mendapat hasil dalam satu atau dua tahun.

Post a Comment

0 Comments