"Bertahun minum dan mandi dari air berlumut dan tikus mati"... | Baca info

 


Kotoran yang terjadi ini tanpa kita sedar ada dan kekal ada di dalam tangki air di rumah selagi kita tidak mencuci tangki tersebut.


10, 20 tahun duduk, tak pernah sakit pun atau kudis-kudis? Iya cubala pergi periksa dalam tangki air rumah anda, silap-silap ada tikus mati. 


Air paip yang sememangnya dari paip lembaga air itu memang dah dirawat, tapi ini  adalah air di dalam tangki di rumah kita buat untuk simpanan air.


Sebab terdapat rumah ada bilik airnya disambung terus ke tangki air, dan ada yang modify paip baru rupanya air dari tangki, nak pula paip tu kita ambil air dan jerang buat minum.


Sesekali tu cubala periksa dan cuci tangki tu.


Perkongsian ini dikongsi oleh Azman Eden di Facebooknya, bagaimana dia periksa tangki air rumahnya penuh dengan lumut dan kotoran.


Dia cuba membersihkannya dengan menyedut kotoran lumut dan buang air lepas tu isi air baru. Dah tentu rumah yang beliau duduk berbelas tahun.


Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Post a Comment

0 Comments