"Betapa kecil hati dan tergurisnya saya"... - Mohamad Sabu

 


Petang tadi Dato Ismail Sabri Bin Yaakob secara rasmi telah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-9, oleh itu Presiden Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu sukacitanya mengucapkan sekalung tahniah buat Dato Ismail Sabri.


Apa yang mengguris perasaan beliau ketika ini ialah apabila kuasa rakyat telah diberikan pada PRU lalu, dan memilih siapa yang mereka nak, dan kami naik selepas itu kami jatuh tapi tidak berjaya dapat mandat semula untuk rakyat.


”Saya mengalu-alukan perlantikan Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakub sebagai Perdana Menteri. Walaubagaimanapun saya berasa kecil hati dan terguris apabila mereka yang mendapat mandat rakyat dalam pilihanraya Mei 2018 tidak memperolehi mandat itu semula.


Bagi saya rakyat sudah melihat proses pilihanraya ini telah menjadi sia-sia, Demokrasi Berparlimen di Malaysia perlua diteguhkan semula supaya tidak berlaku lagi seperti "peristiwa sheraton move 2020" pada masa hadapan.


Kita akan tengok PRU akan datang dan beri rakyat untuk memilih pemimpin mereka nak, jika berlakunya lagi ketidakpercayaan bermakna sistem demokrasi negara kita telah habis, ujarnya.


Walaubagaimanapun, saya mengucapkan tahniah untuk Dato Ismail Sabri Bin Yaakob selaku Perdana Menteri kali ini.


"Jagalah rakyat untuk bersama"

Post a Comment

0 Comments