"Buat baik dibalas baik"..Atlet Jamaica ini dipayung duit sebelum memenangi pingat emas

 


Olimpik Tokyo melakar pelbagai sejarah dan peristiwa.

Ini sebuah cerita tentang seorang atlet Jamaica Hansle Parchment yang beraksi dalam 110 meter berpagar.

Dia telah memenangi pingat emas Tokyo Olympics 2020. 

Namun begitu ada kisah di sebalik kejayaannya itu. Sebelum pertandingan berlangsung, Hansle telah ketinggalan transport yang sepatutnya membawanya ke tempat pertandingan. 

Ini kerana dia terleka mendengar muzik melalui earphonenya. Maka dia berlegar legar untuk mencari jalan ke tempat pertandingan sedangkan dia tidak tahu selok belok penempatan olimpik di sini. Jika dia berjalan kaki dan mencari pasti dia tidak dapat sampai ke tempat pertandingan pada waktu yang ditetapkan. 

Berada di negeri asing, memang menyukarkan lagi keadaannya. 

Sehinggalah dia terjumpa seseorang volunteers perempuan yang memberikannya duit serta menyuruh dia menaiki teksi ke sana. Dia sangat berterima kasih pada perempuan yang membantunya. 

Apabila smpai saja di sana, Hansle bersiap-siap untuk ujian saringan, dalam ujian saringan itu dia telah dapat tempat kedua. Dan akhirnya pada sesi final 110 meter dia berjaya habiskan larian di tempat pertama, secara automatik dia mendapat [ingat emas.

Selepas itu, dia mencari semula gadis yang menolongnya. Dia menunjukkan pingat emas yang dimenanginya. 

Hansle menghadiahkan official tracksuit negaranya serta menjemputnya untuk makan malam bersama sama kedutaan Jamaica. 

Begitulah lumrah kehidupan, buat baik di balas baik.

Dan jika ikhlas berbuat baik balasannya bukan sahaja di dunia malah berterusan di alam yang kekal kelak.




Post a Comment

0 Comments