Bukan Biashe-Biashe, Seller Terima Pesanan Daripada Raja Permaisuri Agong

 


Wow, dapat order dari orang VVIP atau orang kenamaan tambah-tambah daripada kerabat diraja, Permaisuri Agong lagi mesti anda akan teruja, mana tidaknya terima order setiap hari sambil-sambil mengemas nak packing nak tulis alamat, terkejut nama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. 


Itulah yang dialami seller Shoppee iaitu Faizah Rosdi berkongsi keadaan dimana dia agak terpegun. Perkongsiannya menjadi viral di media maya dengan beberapa portal tempatan menyiarkan semula pengalaman yang didapati seller itu.


Dia berkata, "semasa saya mengemas barang semalam, saya tidak melihat nama dan juga alamatnya. Setelah memeriksa, saya terkejut. Saya tidak menyangka Raja Permaisuri Agong akan menuliskan namanya sendiri untuk membuat pesanan".


Rata-rata netizen terhibur dengan kejadian itu. Menjengah ke ruang komen beberapa reaksi netizen.


Apa kata anda, kalau terima pengalaman macam ni besat tak? kongsikan pengalaman anda di kisah jalanan dotcom

Post a Comment

0 Comments