"Dafi Doakan Semoga Allah Permudahkan Kerja Papa Tadbir Negara" - Dafi

 


Dafi membuat sujud syukur selepas berita ayahanda beliau sah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia Yang Ke-9.


Berkat kerja keras dan usaha yang gigih selama ini Dafi lihat ayahnya dizahirkan ucapan syukur ini kerana jawatan sebagai Perdana Menteri adalah satu nikmat yang besar dari Maha Yang Esa.


“Saya terlalu gembira buat Papa. Kerja kerasnya serta disiplinnya akhirnya memberikan hasil. Ini semua kejayaan peribadi Papa, saya dan adik-beradik lain serta ibu hanyalah sistem sokongan buatnya.


“Papa tidak akan menjadi Perdana Menteri kalau bukan kerana komitmen luar biasanya pada negara. Saya amat yakin Allah hadirkan rezeki ini buat Papa kerana Papa mampu untuk memikul amanah rakyat,” ujarnya.


Kata Dafi lagi dia tidak melihat langsung ayahnya mengeluh bila pulang lewat ke rumah walaupun terikat dengan kerja.


Tambahan lagi masa situasa wabak pandemik pun ayahnya tetap kekal tenang walaupun banyak yang beri tekanan.


"Saya amat mengagumi tahap kesabaran papa, jadi saya fikir papa berhak menerima apa yang berlaku sekarang ini kerana dedikasinya".


"Saya mendoakan Allah permudahkan papa dalam urusan tadbir negara ini inshaAllah" 


Pada Jumaat, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-9.


Menerusi kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin, keputusan itu ditetapkan Seri Paduka Baginda selepas Ismail Sabri menerima sokongan majoriti yang mencukupi iaitu seramai 114 Ahli Dewan Rakyat.

Post a Comment

0 Comments