"Di Sebalik Lagu 'Pusara Di Lebuhraya' Nyanyian Ekamatra Yang Ramai Buat Kenangan Cinta, Rupa-Rupanya"...

 


Buat mereka yang menggemari muzik rock kapaka lagu Pusara Di Lebuhraya pastinya antara lagu yang masih menjadi siualan sehingga ini. Siapa sangka lagu dari Ekamatra dan didendangkan vokalisnya Rahmat mempunyai kisahnya yang mungkin ramai tidak tahu.


Pada 28 Februari 1990 anggota trup 4B dan 4c FRU menjalankan tugas seperti biasa di PULAPOL, tiba-tiba Timbalan Ketua Unit memanggil Trup 4C untuk diberi penerangan menjalankan latihan masa ke Terengganu yang dipanggil Ops Musang. Latihan ini bertujuan untuk menguji kepantasan dan kemampuan sesebuah trup untuk sampai pada masa yang ditetapkan dan ketika itu ia adalah latihan kali ketiga yang diadakan oleh Unit FRU.


Semasa Trup 4C bersiap, suren berbunyi jam 12.30 tengahari menandakan mereka harus berkumpul, rupa-rupanya ada kesilapan di dalam jadual bukan Trup 4C yang akan ke Ops Musang tetapi Trup 4B, Trup 4C diminta mengawal Kuala Lumpur sekiranya ada kecemasan, walau mendapat arahan lambat Trup 4B seramai 57 anggota tidak merungut dan membuang masa, dalam masa 30 minit semua siap. bersedia .



Maka bergeraklah dari PULAPOL tepat jam 1 petang dua command vehicles, satu land rover satu trak kecil jenis volvo dan trak satu tan menuju ke lebuhraya Karak untuk ke destinasi yang ditetapkan. Mohd Azhari Chik konstabel yang berumur 54 tahun berada di dalam command vehicle yang kedua dan di hadapannya adalah trak satu tan yang membawa 22 anggota FRU tersebut.


Pada jam 2.10 petang mereka berada di kilometer 30.9 kira-kira 5 kilometer dari terowong Genting Sepah, tiba-tiba kedengaran satu dentuman yang kuat betul-betul di hadapan kenderaan Mohd Azhari membuat beliau tergamam dan kenderaan dihentikan tanpa membuang masa dia terjun dari kenderaannya, beliau terdengar jeritan dan segera pergi ke arah jeritan tersebut. Di hadapan beliau trak satu FRU yang membawa anggota terperosok di bawah bas ekspres yang datang dari arah bertentangan.




Terlibat dalam kemalangan juga 5 buah kereta, sebuah lori tangki minyak, sebuah lori sayur, teksi dan sebuah treler, segalanya kelam kabut ketika itu. Trup 4C di PULAPOL yang mendengar berita tentang rakan mereka sudah mula risau dan di antata yang terkesan ialah Sarjan Mejar Roslan Aris yang ketika itu berpangkat konstabel.


Adakah rakan-rakan yang bergelak tawa, susah senang bersama masih hidup atau kaku tak bernyawa. Satu persatu butiran diterima 15 anggota maut dalam kemalangan, 11 dari mereka adalah anggota FRU, 5 orang meninggal di tempat kejadian dan 6 lagi di Hospital Kuala Lumpur.



Salah seorang yang terkorban ialah rakan karib Sarjan Mejar Roslan Aris sendiri, siasatan mendapati kemalangan berpunca dari kemungkinan masalah brek bas ketika menuruni terowong tersebut. Bas telah merempuh 2 buah kereta sebelum merempuh trak FRU dan trak dihentam di bahagian badan oleh lori tangki minyak yang cuba mengelak. Nahas tersebut mencatat sejarah antara yang terburuk sejak lebuhraya Karak dibuka pada tahun 1973.



Kesesakan teruk berlaku di kedua-dua arah kerana pasukan penyelamat terpaksa mengambil masa 6 jam untuk mengendalikan kenderaan yang terlibat. Turut berduka ialah Ketua Polis Negaea ketika itu Tan Sri Haniff Omar, gugur mereka bukan dalam peperangan tetapi mungkin kerana atas kecuaian manusia.



Sehingga kini masih ada suara suara bercerita tentang bagaimana seramnya laluan itu dan ada yang mendakwa ternampak jelmaan anggota FRU di kawasan tersebut.



Mengaitkan mereka yang terkorban semasa menjalankan tugas dengan jelamaan mereka adalah amat menyedihkan. Alfatihah untuk semua yang terkorban ketika kemalangan, begitulah rahsia kisah di sebalik lagu Pusaraya Di Lebuhraya. Semoga orang-orang yang baik ini ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Post a Comment

0 Comments