Guan Eng Setuju Anwar Diangkat "PM" Tapi Rakyat Pula Fobia Isu RM30 dulu!

 


Selepas kemelut politik Malaysia berkesudahan perletakan jawatan semua jemaah menteri dalam kabinet, harini Malaysia cuma ada satu menteri sahaja iaitu Perdana Menteri "caretaker" iaitu Tan Sri Muhyidin Yaasin yang diperkenan Yang -DiPertuan Agong.


Perdana Menteri Caretaker itu bagi menjalankan tanggungjawab kepada rakyat bagi sebarang isu negara dan kelangsungan hidup, sebelum YDPA akan melantik Perdana Menteri interim dan seterusnya Perdana Menteri yang disokong dewan rakyat secara rasmi.


Bagi menunggu jawatan itu, ramai pihak atau ahli dewan rakyat memilih dari pandangan mereka. Sebagai contoh penyokong-penyokong Umno ada yang memilih Datuk Seri Hishamudin, Tengku Razalegh (KUli), bahkan Tun Mahathir sendiri juga diangkat sebagai calon perdana menteri.


Diam tak diam, Pengerusi Democratic Action Party (DAP) iaitu Lim Guan Eng juga memberi nama calon Perdana Menteri adalah Anwar Ibrahim. Namun demikian, rakyat Malaysia ramai memberi kritikan sinis takut-takut nanti RM30 ringit free shopping la untuk rakyat sebagai hadiah buat rakyat.


Tambahan lagi, Guan Eng memilih Anwar kerana tiada sebarang kluster mahkamah walaupun sebelum ini pernah menjalani hukuman.


Setakat ini, Datuk Ismail Sabri mendapat sokongan ahli dewan rakyat daripada Umno sendiri untuk diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia. Tapi apa-apa pun kita hanya perlu menunggu dalam satu minggu atau dua minggu untuk Yang DiPertuan Agong membuat keputusan.

Post a Comment

0 Comments