Hari tu teman kanda pergi bernikah | Sekarang teman kanda pergi bercerai

 


Sebelum  ini tular kisah seorang isteri menemani suaminya untuk bernikah kali kedua. Puan Syiela Rashid telah mempersetujui pernikahan suaminya dengan Nurul Ain Md Soleh. Nurul Ain telah bernikah dengan suaminya 15 Mac lalu. 



Namun jodoh mereka tidak panjang bila pada hari ini, suaminya memuatnaik status yang telah menceraikan isteri kedua tersebut. Manakala puan Syiela juga turut memuat naik status menemani suaminya untuk pergi ke mahkamah bagi menguruskan proses penceraian. 


Status dari isteri Pertama


Puan Syiela dan suaminya sebelum ini masing-masing telah berkahwin sebelum bercerai dengan pasangan masing-masing. Mereka telah mengikat tali perkahwinan selama  5 tahun. Menurut Puan Syiela semenjak berkahwin, dia redha dan membenarkan suaminya untuk berpoligami. Namun kali ini, jodoh suaminya dengan Nurul Ain tidak panjang. Mereka menerima ketentuan ini dengan hati terbuka. 



Walau bagaimanapun, netizen nampaknya berasa marah dan menperosalkan mengapa penceraian tersebut perlu dikongsi di sosial media? Ada yang mengatakan untuk mendapatkan perhatian dan bermacam-macam lagi anggapan netizen. Diharapkan Puan Syiela dan suami bersabar menghadapi ujian ini





Post a Comment

0 Comments