Hospital sakit jiwa paling s3ram | baca dalam tenang akan merasainya

 


Hospital ini telah siap dibina dari tahun 70 an lagi, namanya diberi sebagai Hospital Psikiatri Gonjiam yang terletak di negara Korea Selatan. Hospital ini juga beroperasi seperti Hospital Bahagia Tanjung Rambutan dan Hospital mental Tampoi. 




Namun atas sebab tertentu Hospital Gonjiam ini diberhentikan operasinya. Pada suatu malam, dikatakan seorang pembantu perubatan telah ditempatkan di kaunter utama. Sebagai tugasan Li Hyo perlu melayani pesakit luar dan mendaftarnya.


Masalahnya Li Hyo ni begitu degil kerana suka mengacau pesakit jiwa masa tidur seperti menekap muka pesakit dengan bantal, paling kritikal dia suka menolak pesakit-pesakit jiwa lain di tandas sehingga jatuh. Ini seolah-olah perbuatan buli yang amat malang sekali. 


Jika anda nak ke sana inilah caranya, korang hanya perlu naik bas bernombor 500-2 dari Stesen Bas Gangnam Exit 7, atau bas bernombor 1113-1 dari Stesen Bas Gangbyeon Exit 1. Apabila sampai di Gonjiam ada satu jambatan kena menyeberang dan bila nampak satu bukit di situla Hospital Gonjiam berada, nampaknya agak tersorok sedikit hospital ni mungkin dipilih tempat yang tenang dan santai untuk para pesakit jiwa. 



Ok sebenarnya hospital ini dah ditutup pada tahun 1995-1996 selepas  kemati.an pemiliknya. Diceritakan terkena suatu penyakit misteri ada yang mengatakan sumpahan penghuni hospital. 


Dan lebih menyeramkan pesakit jiwa ni mereka mudah untuk lihat makhluk ghaib yang dikatakan jin ni la, dari situ ada proses pemujaan dan bersahabat, sehinggakan asalnya pesakit ni hanya dikategori sebagai pesakit mental tetapi selepas tak dapat kesan keanehan mengapa mereka lebih teruk dari yang dijangkakan, rupanya disebabkan kerasukan. Oleh itu, macam mana pun pesakit itu sakit, hospital tetap mengklasifikasikan mereka sebagai pesakit jiwa, jadi jin yang berada dalam badan pesakit itu terbiarla sehingga memakan diri. Ini yang dikatakan mistik tu! 


Ok hospital ni kan dah tutup, jadi penduduk di situ sering mendakwa terlihat kelibat manusia di perkarangan hospital, suara aneh dan jeritan tu memang dah lali bagi penduduk di sekitar situ. Hal dan rahsia hospital Gonjiam ini penduduk di situ lebih arif tentang selok beloknya. Tambahan kerajaan Korea juga telah memasang kawat dawai di sekeliling hospital tersebut bagi mengelak ada jejakan orang luar untuk masuk, namun apa yang diceritakan oleh team paranormal sana ada laluan tikus buat ramai penggemar dan pencari kisah angker ni boleh masuk, tetapi secara tidak dihebohkan. 


Ok lagi satu hospital ini juga dinobatkan oleh CNN sebagai hospital paling berhantu dan seram berada pada senarai 7 tempat paling seram di dunia. Bersambung cerita Li Hyo tadi, dia ni biasala suka menyakat orang tak kisah pesakit mahupun jururawat di situ, tibala satu malam Li Hyo ni memasuki tandas menguraikan rambut dan menyorok di satu sudut untuk mengejutkan salah seorang tetamu ingin masuk tandas, tapi tak jadi sebab di bilik wad 4 katil hujung ada panggilan seorang pesakit sedang kecemasan jadi semua berkumpul dan tertumpu di sana.


Ok cerita ni diceritakan dalam laman artikel paranormal dari Korea yang mana Li Hyo yang agak tertekan + dirasuki telah meminum satu botol remove strainer, dia macam klorox juga, memang tak terus mati tapi memakan diri. Kisah Li Hyo ni diberitakan sebagai ma.ti bu.nuh diri, para kakitangan hospital menceritakan Li Hyo ni adalah roh hidup yang suka menganggu satu hospital, dia sebenar pesakit mental di situ, bukan seorang staff, mereka melabel Li Hyo sebagai staf kerana setiap malam mesin photostat off pun boleh berlampu, printer yang tak diprint berbunyi macam ada orang tengah set, tambah lagi bunyi telefon yang berdering. 


Hospital ni lebih kuat mistik nya selepas kema.tian pesakit Li Hyo akibat pemujaan dia di dinding hospital, kalau ikut kejadian Li Hyo ni mesti melakukan pembu.nuhan atas rasukannya itu tapi akhirnya Li Hyo bertindak meminum racun dan ma.ti sendiri, ni mungkin menyebabkan ketidakpuashati makhluk tu padanya yang tidak berpegang janji.


Ok hospital ni telah terbengkalai sejak 1996/1997 lagi, hasil cerita kerana tidak mempunyai dana kerana pemilik yang telah ma.ti, namun dari sudut pandangan orang sekeliling mungkin kerana tempatnya yang keras dan suka menganggu orang hospital itu diisytiharkan tutup.


Satu cerita lagi, menurut penduduk setempat, satu hari tanpa diketahui apa sebabnya seluruh penghuni hospital ditemui mati. Pesakit yang sedang menjalani rawatan ditemui tak bernyawa di katil mereka masing-masing. Sementara doktor dan jururawat hospital ditemui mati di meja masing-masing. Kononnya perkara tersebut merupakan sebuah perbuatan pembunuhan yang dilakukan oleh salah seorang doktor, kononnya doktor tersebut memang dikenali menghidapi sakit jiwa. 


Namun ada juga yang mengatakan para penghuni hospital Gonjiam dibunuh oleh pihak pengurusan hospital (keluarga mendiang pemilik hospital) yang kecewa kerana kehabisan dana dan tidak memiliki wang yang mencukupi untuk memasukkan para pesakit ke hospital sakit jiwa yang lain.


Sejak tahun 2011, kawasan sekitar Hospital Sakit Jiwa Gonjiam ditutup oleh pihak polis Gwangju atas permintaan keluarga pemilik hospital. Walaupun terdapat larangan, sehingga kini ramai warganegara Korea dan pelancong asing yang berkunjung secara senyap-senyap dan melakukan aktiviti paranormal di bangunan yang dianggap berhantu itu.


Sesiapa yang pernah memasuki bangunan itu dikatakan akan mengalami pengalaman mistik. Bermula dari suara-suara jeritan atau tangisan hingga beberapa luka seperti bekas dicakar.


Inilah sejarah Hospital Sakit Jiwa Gonjiam Korea Selatan, jika anda nak rasai sendiri bolehla cuba kunjungi hospital ini.




Dalam hospital ini masih lagi ada katil dan peralatan hospital yang dibiarkan sehingga hari ini.


Apa pendapat korang?

Post a Comment

0 Comments